Salah satu spesis haiwan terancam yang amat sukar untuk ditemui pada masa sekarang ialah haiwan yang dikenali sebagai ‘Unicorn Asia’. Selama 30 tahun lebih, para saintis giat berusaha untuk mengesan haiwan ini bagi menyelamtkannya daripada pupus di muka Bumi ini.
Haiwan yang dipanggil ‘Unicorn Asia’ ini berasal dari pergunungan Vietnam dan Laos dan juga turut digelar sebagai saola. Antara ciri-ciri haiwan ini adalah mempunyai tanduk yang panjang dan tanda putih pada wajah. ‘Unicorn Asia’ ini juga agak menyerupai antelop Afrika Utara, tetapi ia lebih berkait rapat dengan lembu liar.
Haiwan ini sering mengelak untuk ditemui manusia sejak pertama kali ditemui di hutan Rizab Semula Jadi Vu Quang di Vietnam pada tahun 1992. Sangat sedikit info mengenai Saola ini yang dapat dikenalpasti dan ia juga turut disamakan dengan haiwan mitos (unicorn). Namun begitu Saola mempunyai dua tanduk berbanding haiwan mitos itu yang digambarkan mempunyai satu tanduk.
Golongan saintis menyuarakan kebimbangan mereka akan ancaman kepupusan haiwan ini dan antara faktornya adalah disebabkan mereka gagal mengesan lokasi haiwan mamalia yang mempunyai panjang lebih 76.2 sentimeter itu. Para saintis berniat untuk memastikan haiwan ini terus membiak agar terus hidup.
Namun begitu dalam tempoh selama 9 tahun, kelibat saola ini gagal dilihat oleh mana-mana ahli biologi. Namun begitu, ianya berjaya dirakam dalam kamera khas yang tersembunyi di pokok hutan. Berdasarkan rakaman ini, beberapa ciri-ciri saola berjaya dikenalpasti secara kasar dan antaranya adalah tanduk besar dan tanda putih di wajahnya.
Dalam usaha untuk mengesan dan menjejaki haiwan ini, pakar di Yayasan Saola yang berpangkalan di Wisconsin melatih anjing untuk membantu mereka mengesan jejak-jejak yang ditinggalkan oleh saola ini.
“Kami tahu bagaimana untuk mencari dan menyelamatkan haiwan yang hebat ini, yang telah berada di planet Bumi selama mungkin – sejak 8 juta tahun lalu.
“Sebagai sebahagian daripada inisiatif baharu, sebarang sampel yang ditemui di alam liar yang disyaki daripada saola, seperti bulu atau tahi, akan dikaji kit ujian DNA di tapak.
“Jika hasil kajian positif dalam masa sejam, pakar akan mula mencari saola di dalam hutan berhampiran dengan lokasi sampel ditemukan,” kata-kata wakil Yayasan tersebut.
Menurut penilaian pakar dan penilaian ancaman, IUCN berpendapat tidak kurang daripada 100 ekor saola yang masih wujud.
Difahamkan, tiada seekor pun haiwan ‘Unicorn Asia’ ini yang boleh ditemui di zoo dan oleh sebab itu, spesis ini dikhuatiri akan pupus jika ianya mati di alam semulajadi tanpa diketahui cara-cara untuk menyimpan dan menjaganya daripada ancaman.
Pada tahun 1992, satu pasukan bersama pihak WWF dan agensi kawalan hutan Vietnam telah menemui tengkorak dengan tanduk yang luar biasa di rumah seorang pemburu di pergunungan terpencil di Vietnam berhampiran sempadan dengan Laos.