Hidung Anak Tiba-tiba Berdarah Tak Berhenti, Rupanya Dah 3 Tahun Benda Tu Dalam Hidung Anak

Seringkali kita mendengar kes anak-anak tertelan atau memakan benda asing disiarkan dalam media. Sememangnya diusia yang kecil, anak-anak yang masih kecil ini memang tidak berapa pandai membezakan sama ada benda itu boleh dimakan atau tidak dan kita sebagai ibu bapa bapa/penjaga haruslah sentiasa peka dan memantau aktiviti mereka sepanjang masa.nangtime.com - Hidung Anak Tiba-tiba Berdarah Tak Berhenti, Rupanya Dah 3 Tahun Benda Tu Dalam Hidung Anak

Jika kanak-kanak tertelan benda asing dan ibu bapa dapat kesan dengan segera, mungkin akibatnya tidak akan teruk sangat sebab boleh dihantar mendapat rawatan atau pertolongan segera. Macam mana pula dengan kes kanak-kanak yang memakan benda asing yang tak boleh dimakan dan tidak diketahu ibu bapa mereka?

Di Facebook, Dr Redza Zainol kongsi kisah seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan akibat memasukkan dadu ke dalam lubang hidung sejak tiga tahun yang lalu. Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi cara untuk mengeluarkan dadu yang tersangkut.

nangtime.com - Hidung Anak Tiba-tiba Berdarah Tak Berhenti, Rupanya Dah 3 Tahun Benda Tu Dalam Hidung Anak

 

Makin lama makin banyak darah yang keluar dari hidung dia. Sebab tu saya bawa dia ke sini. Memang jelas muka ibu tu risau. Anak baru umur 9 tahun. Jatuh tak ada. Demam tak ada. Tiba-tiba aje hidung berdarah. Saya periksa dalam lubang hidung guna lampu suluh tak nampak apa-apa yang luar biasa. Yang leganya, darah tu dah berhenti mengalir.

Saya rujuk doktor bahagian hidung (ENT) ya puan. Kejap lagi kami hantar dia ke klinik ENT. Ibu tu ikut saja. Sejam lepas tu, saya dapat panggilan dari kawan saya. Bro, aku dah scope hidung budak tu. Nanti kau tengoklah. Bukan biasa-biasa patient kau ni. Lepas tu terus dia letak telefon. Apahal pulak ni. Selang 2 minit, jururawat dan budak tu pun sampai ke wad. Tersengih-sengih budak tu.

Nah doktor. Doktor ENT jumpa dadu ni dalam hidung dia. Allahu. Rupa-rupanya, dah 3 tahun dadu ni duk ada dalam hidung dia. Mak dia korek punya korek, barulah dia nak cerita. Sebenarnya, dia main-main masukkan dadu dalam hidung. Entah macam mana dia tolak sampai termasuk dadu tu dalam lubang hidung. Kisah benar ni saya tak akan lupakan.

nangtime.com - Hidung Anak Tiba-tiba Berdarah Tak Berhenti, Rupanya Dah 3 Tahun Benda Tu Dalam Hidung AnakMenurut Dr Redza, ibu kanak-kanak berusia 9 tahun itu tidak mengetahui punca kenapa hidung anaknya berdarah. Bimbang sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, wanita tersebut bergegas membawa anaknya ke pusat perubatan berdekatan sebelum dirujuk ke bahagian pakar telinga, hidung dan tekak (ENT).

Duduk dan tunduk kepala

Kalau hidung anak berdarah

  1. Jangan dongakkan kepala. Darah tu akan mengalir semula ke belakang hidung dan boleh masuk ke paru-paru.
  2. Jangan biarkan darah mengalir daripada hidung begitu saja.

Cara yang betul:

  1. Dudukkan anak dan minta dia tundukkan kepala.
  2. Picit bahagian luar hidung yang lembut selama 10 minit.
  3. Letak ais di bahagian pangkal hidung dan dahi.
  4. Setiap 10 minit periksa sama ada darah dah berhenti mengalir atau tak.
  5. Bawa ke hospital jika darah tak berhenti selepas 20 minit.

Sebulan sekali, mak ayah rajin-rajinlah periksa lubang telinga dan lubang hidung anak guna lampu suluh. Jangan terkejut kalau jumpa manik, beras dan serangga tau. Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai mak ayah tahu apa nak buat bila hidung anak berdarah. Simpan nota ni, mudah kalau nak rujuk nanti.

Kredit: Dr Redza Zainol

Facebook Comments Box