Hilang Cincin Selepas Bercucuk Tanam, 13 Tahun Kemudian Cincin Ditemui Semula Dalam Keadaan Tak Disangka

Seorang wanita yang dikenali sebagai Mary Grams kehilangan cincin tunang ketika sedang bercucuk tanam pada tahun 2004. Kehilangan cincinnya hanya disedari selepas dia melakukan kerja-kerja tanaman di taman milik keluarganya. Sudah puas mencari dan menyelongkar banyak tempat, namun tetap tak jumpa-jumpa.nangtime.com -  Hilang Cincin Selepas Bercucuk Tanam, 13 Tahun Kemudian Cincin Ditemui Semula Dalam Keadaan Tak Disangka

Selepas beberapa hari mencari, cincin itu gagal ditemui dan disebabkan takut kena marah dan dibebel oleh suami, dia telah merahsiakan kehilangan cincin itu dan menggantikannya dengan cincin lain.

Cincinnya yang hilang itu sebenarnya sudah dipakainya lebih 50 tahun iaitu sejak tahun 1951 lagi, pemberian daripada suaminya, Norman setahun sebelum mereka berkahwin.

nangtime.com -  Hilang Cincin Selepas Bercucuk Tanam, 13 Tahun Kemudian Cincin Ditemui Semula Dalam Keadaan Tak Disangka

13 tahun kemudian, rahsia tersebut terbongkar selepas menantu Mary, Colleen Daley, menjumpai cincin bertatah berlian itu ketika mencabut pokok lobak yang ditanam di ladang mereka.

Cincin itu dilihat ‘tersekat’ pada sebiji lobak merah. “Saya tahu ia pasti milik nenek atau ibu mertua saya kerana tiada wanita lain yang tinggal di ladang itu.

nangtime.com -  Hilang Cincin Selepas Bercucuk Tanam, 13 Tahun Kemudian Cincin Ditemui Semula Dalam Keadaan Tak Disangka

“Saya bertanya kepada suami saya jika dia mengenali cincin itu, dan dia kata ‘ya’. “Dia kata ibunya telah kehilangan cincin tunang itu bertahun lalu dan tidak pernah menjumpainya,” kata Colleen.

Mary sangat gembira dengan penemuan cincinnyayang hilang itu. Menurut Mary, suaminya tidak perasan dia memakai cincin lain selama ini dan dia rahsiakannya kerana tidak mahu suaminya belikannya cincin yang lain.nangtime.com -  Hilang Cincin Selepas Bercucuk Tanam, 13 Tahun Kemudian Cincin Ditemui Semula Dalam Keadaan Tak Disangka

“Saya tidak memberitahunya … kerana saya tahu dia akan memberikan saya sesuatu yang lain sebagai ganti,” kata Mary Grams.nangtime.com -  Hilang Cincin Selepas Bercucuk Tanam, 13 Tahun Kemudian Cincin Ditemui Semula Dalam Keadaan Tak Disangka

 

Walaubagaimanapun dia sedikit sedih apabila tidak dapat memberitahu kisah sebenar kepada suaminya kerana suaminya telah meninggal dunia pada tahun 2012.

 

Facebook Comments Box