“Ibu Awak Minta Hantaran RM30,000..” Lelaki Terpaksa Melepaskan Kekasihnya Kerana Tidak Mampu Sediakan Wang Hantaran

Topik wang hantaran perkahwinan sering menjadi topik hangat yang menjadi bualan masyarakat dari dulu sampai sekarang. Jika masa dulu, nilai hantaran yang diberi sering dipersoalkan terutamanya jika nilainya dilihat rendah dari yang dijangkakan.“Ibu Awak Minta Hantaran RM30,000..” Lelaki Terpaksa Melepaskan Kekasihnya Kerana Tidak Mampu Sediakan Wang Hantaran

Namun zaman sekarang, ada satu trend ‘demand’ wang hantaran tinggi yang juga menjadi perdebatan hangat orang ramai.

Tular baru-baru ini mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Syahriman yang mendedahkan dirinya terpaksa melepaskan kekasihnya gara-gara tidak mampu menyediakan wang hantaran tinggi seperti yang diminta.

Ahmad Syahriman yang bekerja sebagai pegawai pemeriksa kesihatan mendedahkan dirinya tidak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak RM30,000 yang diminta oleh ibu kekasihnya.

“Ibu Awak Minta Hantaran RM30,000..” Lelaki Terpaksa Melepaskan Kekasihnya Kerana Tidak Mampu Sediakan Wang Hantaran

Menurutnya dia hanyalah seorang lelaki yang memiliki pendapatan yang sederhana dan nilai wang hantaran yang diminta itu adalah melebihi kemampuannya.

Dalam video yang dikongsikannya, Ahmad Syahriman memuat naik gambar memaparkan dirinya dipercayai bekerja sebagai pegawai pemeriksa kesihatan sedang melakukan tugasan rondaan.

“Ibu Awak Minta Hantaran RM30,000..” Lelaki Terpaksa Melepaskan Kekasihnya Kerana Tidak Mampu Sediakan Wang Hantaran

Perkongsiannya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut dengan jumlah hantaran tersebut dan bersetuju dengan keputusan Ahmad Syahriman untuk melepaskan kekasihnya itu.

VIDEO:

Namun, ada juga yang kurang bersetuju kerana pada pendapat mereka, dia tidak sepatutnya melepaskan begitu sahaja. Sememangnya apabila kita mahu mendirikan rumah tangga, kita hendaklah menerima kelebihan dan kekurangan satu sama lain dan jika mahu meminta sesuatu, janganlah meminta sesuatu yang diluar jangkauan pasangan kita.

Sumber: Mr_ Shahriman 

Facebook Comments Box