Ibu bapa berasa pelik dengan perubahan aneh yang berlaku kepada anak mereka selepas disapu krim. Pada mulanya ibu bapa tersebut menyapu krim pelembap pada pipi anak mereka untuk mengurangkan kesan kulit kering di bahagian wajahnya.
Namun kemudiannya mereka menyedari pipi anak mereka menjadi kembung selain ditumbuhi rambut selepas disapu krim tersebut.
Menurut Daily Mirror, ibu bapa kepada bayi itu pada mulanya mendakwa bayi mereka hanya diberikan susu badan dan mereka tidak menerima ianya sebagai punca kepada masalah berkenaan.
Oleh itu mereka pun membuat keputusan pergi ke hospital untuk membuat ujian susu badan. Ternyata hasil ujian menunjukkan susu badan adalah normal dan tidak mungkin menjadi punca kepada masalah yang berlaku kepada bayi mereka.
Ibu bayi kemudian dinasihatkan pihak hospital agar mengurangkan kandungan susu yang diberikan kepada bayinya, namun selepas sebulan masalah pada bayi mereka semakin menjadi-jadi. Akhirnya mereka pun membawa bayi mereka ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Pihak hospital pun menjalankan pemeriksaan teliti terhadap bayi berkenaan dan akhirnya mereka mengetahui punca masalah tersebut adalah disebabkan krim pelembap yang disapu kepada bayi mereka itu mengandungi steroid.
Doktor menasihatkan krim tersebut disapu pada jangka masa pendek sahaja demi kurangkan risiko terhadap bayi.
Susulan itu, ibu bapa kepada bayi berkenaan pun menghentikan penggunaan krim pelembap tersebut terhadap bayi mereka dan akhirnya keadaan bayi mereka pun beransur-ansur pulih dan sudah boleh keluar hospital.