Ibu Guna Cara ‘Unik’ Hentikan Anak Ketagih Main Handphone Sepanjang Hari

Pada masa sekarang, hampir kesemua budak-budak kecil sudah pandai menggunakan handphone dan kebanyakkan masa, ibu bapa mengalami masalah untuk mengekang anak mereka menggunakan telefon bimbit untuk jangka masa yang lama. Ibu Guna Cara ‘Unik’ Hentikan Anak Ketagih Main Handphone Sepanjang Hari

Penggunaaan telefon bimbit yang kerap adalah sangat tidak digalakkan lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak kerana boleh menjejaskan kesihatan dan juga berpotensi merosakkan mata. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengambil peranan untuk mengekang penggunaan handphone untuk anak-anak mereka.

Namun diakui ianya bukan satu kerja yang mudah. Baru-baru ini tular satu video perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Nikiysaa di laman TikTok. Dalam videonya, dia berkongsikan cara ‘unik’ untuk mengelakkan anak lelakinya ketagih bermain handphone.

Nikiysaa menghadapi masalah untuk mengekang anaknya yang ketagih menggunakan handphone, lebih-lebih lagi ketika lockdown sekarang, asyik ’24 jam’ mengadap handphone.

 Ibu Guna Cara ‘Unik’ Hentikan Anak Ketagih Main Handphone Sepanjang Hari

Apa yang dilakukan oleh wanita ini adalah ketika anaknya sedang tidur, wanita ini ‘menconteng’ di bahagian mata anaknya dan ia seolah-olah memberikan kesan lebam terhadap kelopak mata anaknya itu.

Haa, korang mesti sudah dapat idea kenapa ibu ini ‘menconteng’ bahagian mata anaknya bukan?

Apabila anak lelakinya bangun tidur, anaknya terus menangis apabila melihat bahagian sekitar matanya menjadi hitam, ingatkan matanya jadi sedemikian gara-gara kerap guna handphone.

 Ibu Guna Cara ‘Unik’ Hentikan Anak Ketagih Main Handphone Sepanjang Hari

Bila ibunya hulurkan handphone kepada dia, anaknya jadi takut dan terus menangis lagi. Haa, tula akibat 24 jam asyik guna handphone, haha.

VIDEO:

Antara komen-komen netizen:

Ibu Guna Cara ‘Unik’ Hentikan Anak Ketagih Main Handphone Sepanjang Hari

Apa-apapun, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau penggunaan gajet oleh anak-anak mereka dan jangan sesekali biarkan mereka menggunakannya untuk tempoh yang lama.

Kredit: Nikiysaa

 

Facebook Comments Box