Ibu Kecut Perut Melihat Ular Sawa Melingkari Bahu Anak Berusia 2 Tahun

Seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Fatehah Amran terkejut dan berdepan dengan detik-detik cemas apabila mendapati seekor ular sawa melingkar di bahu anak perempuannya yang sedang tidur atas katil.Ibu Kecut Perut Melihat Ular Sawa Melingkari Bahu Anak Berusia 2 Tahun

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, wanita ini pada mulanya mahu menukar baju anak perempuannya yang berusia 2 tahun yang sedang tidur di sebuah rumah di Kampung Gangsa Durian.

“Anak saya tidur kira-kira pukul 7.15 malam dan kira-kira dua jam kemudiannya saya masuk ke bilik kerana ingin menukar baju dipakainya, tiba-tiba saya ternampak ada satu benda berkilat bercorak batik di bahunya.

nangtime.com - Ibu Kecut Perut Melihat Ular Sawa Melingkari Bahu Anak Berusia 2 Tahun

“Ketika ingin mengangkat anak, benda itu tiba-tiba bergerak. Dalam keadaan menggigil saya terus angkat anak saya dan berlari keluar memanggil suami dan abang memberitahu ada ular di atas katil,” katanya.

Bimbang dengan keadaan anaknya, wanita ini segera memeriksa tubuh anaknya dan bersyukur kerana anaknya tiada apa-apa dan tiada sebarang kecederaan.

nangtime.com - Ibu Kecut Perut Melihat Ular Sawa Melingkari Bahu Anak Berusia 2 Tahun

Suami wanita ini kemudiannya mendapatkan bantuan pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi menangkap ular sawa tersebut.

Seramai 4 orang anggota APM dikejarkan ke lokasi rumah mangsa selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 malam.

Setiba di lokasi, pasukan APM yang datang mendapati ular sawa tersebut masih berada atas katil di bawah bantal. Pasukan APM mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk menangkap ular sawa tersebut sebelum melepaskannya semula ke tempat lain yang jauh dari kawasan penempatan manusia.

VIDEO:

Ular itu dipercayai masuk dari kawasan semak yang tidak jauh dari rumah didiami oleh mereka.

Facebook Comments Box