Ibu Kesal Anak Kena STROK Akibat Main Phone Terlalu Kerap

Seorang ibu berkongsikan kisahnya yang menakutkan apabila anaknya terkena serangan strok kecil ketika berada di rumah. Ibu cemas melihat keadaan anak yang serba tak kena dan menjadi satu tamparan hebat buat dia dan suaminya apabila doktor memberitahu punca anaknya kena STROK adalah disebabkan penggunaan handphone yang terlalu kerap.nangtime.com - Ibu Kesal Anak Kena STROK Akibat Main Phone Terlalu Kerap

Si ibu langsung tak sangka keadaan anaknya itu adalah disebabkan anaknya dibiarkan bermain phone terlalu kerap. Si anak secara tiba-tiba telah mengalami muntah-muntah, tidak boleh bercakap, selain tubuh badannya mengherot ke kiri.

Menceritakan kisah tersebut, wanita yang dikenali dengan nama Nur Syafikkah memberitahu dia menyedari keadaan pelik anaknya ketika selesai membawa anaknya membuang air kecil pada kira-kira jam 7 pagi.

Menurut Syafikkah, beliau menyedari keadaan pelik anaknya ketika selesai membawa anaknya membuang air kecil pada kira-kira jam 7 pagi. Terdahulu, Syafikkah menemui anaknya bernama Wildan itu terbaring di hadapan pintu bilik, lantas mengajak Wildan untuk tidur di biliknya kerana kasihan.

Namun lain pula yang terjadi apabila anaknya itu tiba-tiba menunjukkan reaksi seperti mahu muntah dan keadaan mulutnya seperti menghisap sesuatu.

nangtime.com - Ibu Kesal Anak Kena STROK Akibat Main Phone Terlalu Kerap

“Kalau nak muntah, jangan muntah atas katil, jom pi toilet. Dia pun bangun terus pi toilet dengan saya.

“Bila nak duduk ja kat toilet, dia terus jatuh belah kiri, kena kepala sikit. Kali kedua pula dia nak jatuh, terus saya tangkap dia, adik kalau tak nak muntah takpe jom tidur,” kata Syafikkah yang menyedari anaknya itu masih leka bermain telefon pintar pada jam 4 pagi sebelum peristiwa itu terjadi.

Sebaik sahaja keluar dari tandas, Syafikkah bukan sahaja menyedari gaya jalan Wildan tidak normal seperti biasa, malah anaknya itu tidak lagi dapat memberi bercakap apabila dipanggil namanya.

nangtime.com - Ibu Kesal Anak Kena STROK Akibat Main Phone Terlalu Kerap

Tidak menunggu lama, Syafikkah segera bergegas membawa anaknya itu ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Syafikah, dirinya hampir terduduk apabila doktor memaklumkan punca anaknya diserang STROK kerana gelombang otak anaknya bergerak terlampau aktif.

nangtime.com - Ibu Kesal Anak Kena STROK Akibat Main Phone Terlalu Kerap

Semoga peristiwa ini menjadi tauladan kepada ibu bapa yang lain, Syafikkah menjelaskan, peristiwa duka ini terjadi kerana ‘si kecil’ itu terlalu kerap melihat skrin akibat penggunaan gajet yang tidak terkawal.

Sepanjang dirawat, Wildan tidak dibenarkan untuk bermain telefon pintar sama sekali.

nangtime.com - Ibu Kesal Anak Kena STROK Akibat Main Phone Terlalu Kerap

Mengenang kembali kejadian tersebut, Syafikkah telah menyalahkan dirinya dan mengakui ianya satu tamparan hebat untuk dirinya dan suami.

Semoga ibu bapa yang lain boleh ambil pengajaran dari kisah ini dan tolong jangan sesekali biarkan anak-anak bermain handphone tanpa kawalan.

Sumber: Malaysiapost

Facebook Comments Box