Ikan Bergigi Manusia Ditemui Di Malaysia, Ternyata Memang Wujud

Baru-baru ini tular satu perkongsian di twitter mengenai satu ikan bergigi seperti gigi manusia ditemui di Malaysia. Seorang warganet di twitter yang menggunakan akaun @raffnasir_ telah memuat naik foto seekor ikan yang kelihatan aneh dimana ikan tersebut mempunyai gigi seperti manusia!nangtime.com - Ikan Bergigi Manusia Ditemui, Ternyata Memang Wujud

Tweet berkenaan pantas menjadi tular dan menarik perhatian orang ramai disebabkan keunikan mulut dan gigi ikan tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya sekiranya ikan tersebut betul-betul wujud ataupun sekadar diedit. Buat pengetahuan anda semua, ikan tersebut betul-betul wujud di dunia ini dan dikenali sebagai Triggerfish atau nama saintifiknya ialah Balistidae dan mempunyai lebih kurang 40 spesies.

Ikan Triggerfish ini dikatakan mempunyai sifat yang cukup agresif. Giginya kuat mampu menghancurkan landak laut serta mengoyakkan pakaian selam.

nangtime.com - Ikan Bergigi Manusia Ditemui, Ternyata Memang Wujud

Triggerfish terkenal dengan sikap “nakal”. Walaubagaimanapun anda hanya akan dapat melihat ‘kenakalan’ ikan ini jika ada yang mengacau kawasan mereka.

Gigi Ikan Triggerfish ini agak kuat hingga dapat menghancurkan landak laut. Jika mereka merasa terancam, mereka akan menyerang dengan gigitannya yang agak kuat itu. Oleh itu jika anda terjumpa ikan ini semasa menyelam, dnasihatkan agar jangan mengacau mereka jika tidak mahu kena gigit.

Sehingga kini, tweet berkenaan telah mendapat 14.7 ribu tanda suka sejak kali pertama dimuatnaik pada Julai tahun ini.

 

Facebook Comments Box