Ikan Lumba-lumba ‘Rare’ Berwarna Pink Muncul Di Perairan Vietnam, Dikatakan Bawa Petanda Baik

Ikan lumba-lumba berwarna pink atau merah jambu mungkin kedengaran agak pelik bagi setetengah orang, tetapi ianya memang wujud di dunia ini. Ikan Lumba-lumba 'Rare' Berwarna Pink Muncul Di Perairan Vietnam, Dikatakan Bawa Petanda Baik

Baru-baru ini, ikan lumba-lumba pink ini dilihat muncul di sekitar pantai Do Son, Hai Phong, Vietnam. Ikan lumba-lumba pink ini dikesan ketika ianya melompat di permukaan air dan dilihat oleh seseorang dari sebuah kapal berdekatan.

Penemuan ikan lumba-lumba berwarna pink merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana ianya sangat jarang ditemui di situ. Menurut sumber, spesies ikan lumba-lumba yang dilihat itu adalah ikan lumba-lumba kelasa (humpback) Indo-Pasifik.

Ikan Lumba-lumba 'Rare' Berwarna Pink Muncul Di Perairan Vietnam, Dikatakan Bawa Petanda Baik

Kemunculan ikan lumba-lumba pink di perairan tersebut disambut baik oleh penduduk tempatan terutamanya para nelayan kerana mereka percaya ianya merupakan satu petanda yang baik di tempat berkenaan.

Mereka percaya para nelayan akan memasuki satu musim baik untuk menangkap udang dan ikan tidak lama lagi.

Selain di perairan Vietnam, ikan lumba-lumba pink ini juga dikesan muncul di perairan antara Hong Kong dan Macau. Dikatakan kekurangan akitiviti di perairan disebabkan pendemik merupakan salah satu punca ikan lumba-lumba datang memunculkan diri di lokasi tersebut.

VIDEO:

Ikan lumba-lumba ini dikatakan sensitif dengan cairan kimia dan bahan buangan yang kerap dibuang ke perairan tempat mereka tinggal.

Selain itu, spesis ikan lumba-lumba ini juga merupakan salah satu spesis yang terancam dengan kepupusan dan penemuan ikan lumba-lumba ini sememangnya satu berita yang baik dalam usaha untuk mengekalkan spesis mereka.

 

 

Facebook Comments Box