Ikan Pari Gergasi Terbesar Di Dunia Ditemui Di Sungai Mekong

Sungai Mekong merupakan sungai kedua belas terpanjang di dunia dan yang terpanjang di Asia Tenggara. Sungai yang menjadi habitat kepada ribuan spesies ikan. ini mengalir melintasi negara China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.Ikan Pari Gergasi Terbesar Di Dunia Ditemui Di Sungai Mekong

Baru-baru ini, nelayan di Sungai Mekong, Kemboja telah berjaya menangkap seekor ikan air tawar terbesar di dunia yang pernah direkodkan, iaitu ikan pari gergasi seberat 300 kilogram (kg). dan berukuran empat meter yang diukur dari muncung hingga ekor.

Menurut pihak projek penyelidikan Wonders of the Mekong, penemuan ikan ini telah mengatasi rekod ikan air tawar terbesar dunia yang sebelum ini dipegang oleh ikan keli gergasi Mekong seberat 293 kilogram yang ditangkap di Thailand pada 2005.

Menurut pakar, ikan pari gergasi itu yang ditangkap oleh nelayan di wilayah Stung Treng di utara Kemboja, adalah lebih dua kali ganda berat purata gorila tanah rendah.

“Selama 20 tahun mengkaji dan meneliti ikan gergasi di sungai dan tasik, ini adalah ikan air tawar terbesar yang pernah ditemui atau yang didokumenkan di mana-mana di seluruh dunia.

Zeb Hogan, ahli biologi ikan selaku ketua projek Wonders of the Mekong menyatakan bahawa penemuan kali ini adalah sangat menakjubkan.Ikan Pari Gergasi Terbesar Di Dunia Ditemui Di Sungai Mekong

“Ini merupakan penemuan yang sangat menakjubkan dan membolehkan kami lebih memahami misteri spesies ikan ini dan sungai yang dihuninya”

Ikan pari gergasi ini kemudiannya dipasang alat peranti untuk menjejak cara kelakuannya sebelum dilepaskan semula ke Sungai Mekong. Pada bulan yang lepas, seekor ikan pari seberat 180 kilogram turut dipancing oleh seorang nelayan yang berada di wilayah yang sama.

Menurut Hogan lagi apabila ikan bersaiz besar yang pecahkan rekod ditemui, maka ianya menunjukkan bahawa habitat ikan di wilayah berkenaan adalah masih dalam keadaan yang baik dan sihat.

VIDEO:

Pihak saintis memberi amaran bahawa sisa plastik yang dibuang menjadi ancaman bagi hidupan liar walaupun di kawasan paling dalam di Mekong, selain ‘jaring hantu’ yang ditinggalkan oleh nelayan.

Facebook Comments Box