NANGTIME

Ingat Tiada ‘Mangsa’ Tertinggal, Penyelamat Perasan Ada 4 Ekor Kucing Berada Di Kapal Kebakaran Di Tengah Laut

Satu kebakaran atas kapal telah berlaku di Laut Andaman pada bulan Mac tahun ini. Bot nelayan Phamonsin Nava 10 yang dinaiki oleh 8 orang kru itu dikatakan terbakar sebelum ianya tenggelam kedalam laut.Ingat Tiada ‘Mangsa’ Tertinggal, Penyelamat Perasan Ada 4 Ekor Kucing Berada Di Kapal Kebakaran Di Tengah Laut

Pihak tentera laut Thailand segera berkejar ke lokasi sebaik sahaja mendapat maklumat. Kesemua lapan orang kru dilaporkan telah pun berjaya diselamatkan dan tiada lagi orang yang tertinggal.

Namun ketika membuat pemeriksaan akhir untuk mengesan tumpahan minyak, seorang anggota tentera laut yang dikenali sebagai Wichit Pukdeelon menyedari masih ada mangsa yang tertinggal dan berada atas kapal.

Mangsa yang masih berada dalam kapal yang terbakar tersebut ialah 4 ekor kucing!

“Saya menggunakan kamera saya untuk melihat kapal berkenaan secara zoom. Kemudian, saya melihat ada satu atau dua kucing sedang duduk di atas sebatang kayu untuk selamatkan diri mereka”, ujar Wichit Pukdeelon.

Kesian kucing-kucing ini

Anggota tentera tersebut kemudian pergi kearah kucing-kucing berkenaan dan kemudian membawa mereka untuk diselamatkan dengan meletakkan 3 daripadanya dalam guni dan seekor lagi berpaut di belakang bahunya.

Insiden kebakaran kapal tersebut berlaku pada bulan Mac 2021 di lokasi kira-kira 13 kilometer dari pulau Koh Adang. Menurut laporan Thai Nation, kesemua 8 kru kapal telah menyelamatkan diri dengan terjun ke laut dari kapal dinaiki mereka dan diselamatkan oleh sebuah kapal nelayan yang secara kebetulan melintasi kawasan berkenaan.

Pasukan tentera laut kemudian menyelamatkan 4 ekor kucing yang dikesan berada atas kapal berkenaan sebelum ianya terbakar sepenuhnya dan tenggelam ke dalam laut.

Kesemua empat ekor kucing yang diselamatkan itu kini dijaga oleh penyelamat mereka di pos komando tentera.

Facebook Comments Box

Exit mobile version