Ingatkan Cendol, Gadis Terkejut Tersedut Cacing Hidup Guna Straw

Sememangnya menjadi satu mimpi ngeri buat semua orang apabila ketika sedang makan atau minum di luar, tiba-tiba terjumpa benda atau hidupan lain yang tidak sepatutnya ada dalam makanan atau minuman itu. Mesti rasa loya tekak dan dan marah bukan.nangtime.com - Ingatkan Cendol, Gadis Terkejut Tersedut Cacing Hidup Guna Straw

Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis dari Indonesia ini apabila dia yang pada awalnya gembira dapat keluar makan bersama rakan-rakannya berakhir pula dengan mimpi ‘ngeri’ apabila dia secara tidak sengaja tersedut ‘cendol hidup’.

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di akaun TikTok @pudssssss, gadis itu berkongsikan pengalaman lucunya ketika sedang asyik menikmati hidangan ‘Pecal Lele’ di sebuah gerai bersama beberapa orang rakannya.

Walau bagaimanapun, seleranya terbantut ketika dia yang sedang ‘syok’ menyedut air kosong menggunakan straw baru perasan kewujudan objek seakan-akan cendol yang berwarna hitam sedang berenang-renang di dalam cawannya.

nangtime.com - Ingatkan Cendol, Gadis Terkejut Tersedut Cacing Hidup Guna Straw

Bingung dengan situasi tersebut gara-gara dia hanya memesan air kosong sahaja, gadis itu memuntahkan kembali ‘cendol’ yang disedut masuk ke dalam mulutnya itu.

Setelah meneliti dengan lebih dekat, objek yang disangkakan ‘cendol’ itu sebenarnya adalah cacing yang berwarna hitam! Apa yang lebih mengejutkan, cacing yang berwarna hitam itu ternyata masih hidup dan menggeliang-geliut sewaktu diluahkan kembali.

nangtime.com - Ingatkan Cendol, Gadis Terkejut Tersedut Cacing Hidup Guna Straw

Meksipun merasa ‘kembang tekak’ dengan kejadian menjijikkan itu, gadis itu memilih untuk tidak melaporkan hal itu kepada peniaga gerai berkenaan.

Video yang dikongsikan itu berjaya meraih perhatian netizen sehingga ditonton sebanyak lebih daripada 4 juta kali!

VIDEO:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa geli dan jijik dengan ‘penemuan’ tersebut. Malah, ada juga yang berasa risau dengan keadaan kesihatan gadis tersebut kerana cacing yang berwarna hitam tersebut dikatakan beracun.

Lepas ni korang sebelum nak makan dan minum tu, perhatikan dulu jangan terus sumbat je masuk mulut okay.

Sumber: TikTok @pudssssss

Facebook Comments Box