Ingatkan Jaring Dipenuhi Ikan Kerana Berat, Rupanya Sang Bedal Yang Tersangkut

Seorang nelayan yang sedang menangkap ikan di sebuah sungai terperanjat apabila bukan ikan tetapi buaya yang tersangkut di jaring ikannya! Ingatkan Jaring Dipenuhi Ikan Kerana Berat, Rupanya Sang Bedal Yang Tersangkut

“Saya sangka jaring dipenuhi ikan tapi terkejut selepas melihat buaya tersangkut,” kata nelayan, Murah Busra

Menceritakan kejadian yang berlaku dalam pukul 3 petang itu, nelayan ini memberitahu dia dan adiknya sedang menangkap ikan benong di sungai berhampiran sungai Tanjung Jol Muara Lassa, Mukah, sebelum mendapati buaya tersangkut pada jaring.

“Jaring yang ditarik terasa begitu berat kerana saya terbayang ikan benong yang banyak tersangkut pada jaring.

 Ingatkan Jaring Dipenuhi Ikan Kerana Berat, Rupanya Sang Bedal Yang Tersangkut

“Kami kemudian berhempas pulas menarik jaring berkenaan tetapi terkejut selepas melihat buaya tersangkut,” katanya

Beliau berkata, selepas beberapa minit menarik jaring, buaya dengan berat lebih 60 kilogram dan sepanjang hampir 4 meter itu sudah mati.

Sepanjang pengalamannya lebih 6 tahun menjadi nelayan, Murah Busra memberitahu inilah pengalaman pertama kali jaringnya mendapat buaya.

 Ingatkan Jaring Dipenuhi Ikan Kerana Berat, Rupanya Sang Bedal Yang Tersangkut“Saya bersyukur kerana sang bedal berkenaan sudah mati kerana jika hidup sudah pasti ia akan bertindak agresif yang sudah pasti mengundang risiko kepada kami.

“Buaya berkenaan kemudian ditunda ke jeti sebelum ditarik ke darat untuk ditanam dengan bantuan penduduk kampung,” katanya.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box