Inginkan Pipi Gebu Dan Halus, Lelaki Menderita Kulit Di Pipi Mereput Dan Membengkak

Impian seorang lelaki yang untuk kelihatan lebih cantik dan bergaya dengan bernasib malang bertemu seorang doktor palsu telah menjadi satu mimpi ngeri dalam hidupnya.nangtime.com - Inginkan Pipi Gebu Dan Halus, Lelaki Menderita Kulit Di Pipi Mereput Dan Membengkak

Mimpi ngerinya bermula apabila pipinya bengkak dan mereput selepas disuntik cecair misteri.  Lelaki yang dikenali sebagai Jerson Trujillo, 28, dikatakan telah berjumpa dengan seorang wanita yang dipercayaikan menjalankan perkhidmatan suntikan kecantikan yang tidak berlesen untuk mereka yang ingin tampak cantik dan lebih feminin.

Menurut Trujillo, dia berjumpa dengan wanita berkenaan pada empat tahun lalu bagi menjalani suntikan pada tulang pipinya dengan tujuan untuk mendapatkan pipi yang lebih halus dan gebu.

nangtime.com - Inginkan Pipi Gebu Dan Halus, Lelaki Menderita Kulit Di Pipi Mereput Dan Membengkak

Trujillo menambah, pada permulaan prosedur tersebut, hasilnya amat memuaskan hatinya apabila apa yang dia inginkan hampir menjadi kenyataan, namun segalanya telah berubah selepas dia menjalani rawatan pada wajahnya.

Menurut laporan Harian Metro, sejenis bahan yang telah digunakan ketika dalam rawatan tersebut dipercayai bertindak balas dengan cecair yang disuntik ke tulang Trujillo.nangtime.com - Inginkan Pipi Gebu Dan Halus, Lelaki Menderita Kulit Di Pipi Mereput Dan MembengkakWalau bagaimanapun, selepas tiga bulan rawatan tersebut, pipinya dikatakan mulai membengkak dan turut mengeluarkan nanah serta dikatakan seperti sedang mereput seolah-olah sel-sel kulit seperti mati.

“Saya tidak tahu cecair apa yang disuntik ke dalam tubuh saya.

“Muka saya kini hancur, reput dan bernanah,” katanya.

Tambahnya, dia sudah menjalani empat pembedahan yang menyakitkan untuk merawat kembali pipinya.

nangtime.com - Inginkan Pipi Gebu Dan Halus, Lelaki Menderita Kulit Di Pipi Mereput Dan Membengkak
Wajah asal

Wanita yang menjalankan perkhidmatan suntikan kecantikan berkenaan menghilangkan diri selepas Trujillo membuat laporan kepada pihak berkuasa.

 

Facebook Comments Box