Setiap tangki kereta mempunyai spesifikasi dan kapasiti tersendiri yang sudah ditetapkan ketika kereta dikeluarkan dari kilang. Tak dinafikan minyak kenderaan menjadi mahal dari semasa ke semasa.
Oleh itu ramai orang yang ingin menjimatkan duit mereka hingga sanggup melakukan apa saja termasuk melakukan benda yang tidak masuk akal. Contohnya mengisi minyak kenderaan dengan menggoncangkan kenderaan mereka dengan harapan dapat memasukkan lebih minyak kedalam tangki kereta mereka.
Perbuatan tersebut sememangnya adalah tidak berguna namun masih ramai yang percaya dan melakukannya. Kejadian ini kerap berlaku kepada kenderaan kenderaan luar negara seperti Singapore dan Thailand yang mengisi minyak dengan lebih murah di Malaysia kerana dua negara tersebut kos bahan api mereka amat tinggi berbanding Malaysia .
Pelbagai gelagat dan aksi mereka ketika mengisi minyak sambil seorang henjut kereta dirakamkan oleh netizen yang menjadi bahan gelak tawa netizen.
Video Tular ini mengenai lelaki yand kawanya yang memijak dan menggoncangkan kereta mereka ketika mengisi menynyak sehingga kereta mereka kelihatan mahu jahanam.
Tak kurang juga ramai yang tak puas hati kerana perbuatan mereka itu semestinya menyebabkan orang di belakang menunggu lebih lama. Apa dia ingat dengan henjut kereta macam tu, tangki kereta dia akan pandai jadi lebih besar dengan sendiri?
VIDEO:
Lagi-lagi perbuatan mereka memijak kereta seperti itu mungkin akan menyebabkan kereta itu mereka mengalami kerosakan yang lebih mahal dan seterusnya akan lebih merugikan mereka pula.
Korang tak payahlah buat macam ni ya!