Insiden Kereta Dan Lori Di Tengah Jalan Buat Netizen Bingung Siapa Salah

Setiap orang yang sudah meningkat dewasa, hampir kesemuanya sudah tahu memandu kereta. Memandu kereta memang seronok jika jalan lancar dan tiada apa-apa benda yang mengganggu kita. Namun, realitinya memandu di mana-mana terutamanya di kawasan bandar memerlukan kesabaran yang tinggi.nangtime.com - Insiden Kereta Dan Lori Di Tengah Jalan Buat Netizen Bingung Siapa Salah

Walaupun sudah diajar ketika kelas latihan memandu atau kelas amali memandu, ia sering kali diabaikan oleh kerana dorongan perasaan ingin cepat sampai ke destinasi ataupun pemandu itu memang mempunyai cita-cita untuk menunjukkan kehebatan kepada orang lain, sehingga menimbulkan aksi pelanggaran yang tidak dingini.

Seperti mana di dalam negara mempunyai undang-undang tersendiri, maka di jalan raya juga terdapat undang-undang tersendiri yang dipanggil hak keutamaan di atas jalan raya.

nangtime.com - Insiden Kereta Dan Lori Di Tengah Jalan Buat Netizen Bingung Siapa Salah

Hak keutamaan ini mungkin berbeza mengikut sesetengah kawasan, akan tetapi ia bertujuan untuk mendidik pemandu supaya lebih menekankan aspek keselamatan dan juga menerapkan penggunaan akal yang waras semasa di atas jalan raya.

Menyusur ke arah jalan utama

nangtime.com - Insiden Kereta Dan Lori Di Tengah Jalan Buat Netizen Bingung Siapa Salah

Apabila jalan raya yang mempunyai dua laluan bert.embung menjadi laluan sehala, kereta yang berada di sebelah kiri (A) perlu bersedia memberikan isyarat ke kanan dan berikan laluan kepada kereta daripada arah belakang/kanan (B).

Kereta A perlu memastikan kereta B melepasinya dengan selamat, dan tiada sebarang kenderaan daripada arah belakang sebelum memasuki laluan utama. Peraturan ini juga terpakai ketika sedang memasuki laluan utama lebuhraya daripada susur masuk plaza tol.

Seperti rakaman yang tular baru baru ini di media sosial, ramai netizen tertarik dengan video di mana sebuah kenderaan ini dan lori masing masing tak nak mengalah ini buat ramai tak tahu nak salahkan siapa.

Siapa Patut Jalan Dulu

Netizen media sosial turut memberikan pandangan masing-masing:

Keta masuk sblm garis putus tu dah salah.. masuk tak bergilir, patut dia boleh tunggu kereta depan tu lepas dulu masuk kemudian.. pastu itu dh masuk blind spot lori.. jaduinya.. bersabarlah.

Kereta yg keluar simpang tengok dulu.siapa yg kata lori salah dah biasa buat tu kadang2 budak motor banyak yg kena, yg komen lori salah tengok vedio betul.

Kereta myvi yang salah tu dia memasuki ruang Jalan Lori. Patut berhenti beri laluan dulu. Tengok dia yang potong masok Jalan yang bergaris.

nangtime.com - Insiden Kereta Dan Lori Di Tengah Jalan Buat Netizen Bingung Siapa Salah
Komen-komen netizen

Kepada driver trela.. buat report kereta tu memotong dari kiri.. sebab dari kenderaan dari kiri perlu memberi laluan kepada kenderaan dari kanan.

Kalo driver bezza tu pompuan confirm salah lori.. Lawan la kat mahkamah mane pun mmg salah lori.. Silap2 boleh jatuh salah kat bangla lalul lalang kat tepi jalan tu.

Salah kereta.. menghalang laluan lori yang sah sewaktu pelanggaran… hanya separuh badan kereta ja dalam garisan laluan lori tu.

Apa pendapat anda?

Sumber: OM, KL Viral

Facebook Comments Box