Isi Minyak Tak Tutup Enjin Kereta, Lelaki Melecur Disambar Api

KUALA LUMPUR – Padah mengisi minyak ketika enjin dihidupkan, seorang lelaki melecur pada tangan dan kaki selepas di sambar api dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan semalam.nangtime.com - Isi Minyak Tak Tutup Enjin Kereta, Lelaki Melecur Disambar Api

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta milik mangsa, Gan Shuh Long, 31, turut terbakar pada beberapa bahagian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.11 malam.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bergegas ke lokasi kejadian.

nangtime.com - Isi Minyak Tak Tutup Enjin Kereta, Lelaki Melecur Disambar Api

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota mendapati sebuah kereta jenis Audi telah terbakar berhampiran sebuah pam petrol di stesen minyak berkenaan.

“Kebakaran melibatkan 10 peratus pada pintu sebelah kanan belakang kereta terbabit serta 30 peratus pada permukaan pam minyak,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hafisham, terdapat seorang mangsa iaitu pemandu kereta telah melecur pada bahagian tangan dan kaki.

nangtime.com - Isi Minyak Tak Tutup Enjin Kereta, Lelaki Melecur Disambar Api

Bagaimanapun katanya, mangsa telah di hantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku akibat kecuaian mangsa yang tidak mematikan enjin kereta ketika mengisi minyak di pam petrol.

Sumber: KOSMO!

Facebook Comments Box