Isteri Kantoi Curang, Suami Tahu Lepas Tengok Google Maps

Seorang wanita di Peru tidak menyangka kisah silamnya yang pernah curang dapat dihidu suaminya sendiri dengan hanya menggunakan Google Maps.

nangtime.com - Isteri Kantoi Curang, Suami Tahu Lepas Tengok Google Maps

Memetik portal Mirror, lelaki itu berjaya mengesan perbuatan isterinya ketika dia menggunakan ciri Street View pada aplikasi berkenaan.

Difahamkan, lelaki berkenaan pada mulanya melakukan carian lokasi menggunakan aplikasi berkenaan.

Untuk mendapatkan gambaran lebih terperinci, dia menggunakan ciri Street View yang menunjukkan foto di sekitar jalan berkenaan.

Bagaimanapun, dia melihat imej seorang wanita bermesra bersama seorang lelaki di atas bangku di laluan pejalan kaki.

Imej menunjukkan wanita berkenaan duduk di atas bangku dan seorang lelaki baring di paha wanita berkenaan.

nangtime.com - Isteri Kantoi Curang, Suami Tahu Lepas Tengok Google Maps

Namun, menjadi polisi Google bahawa wajah individu menerusi ciri Street View akan dikaburkan bagi melindungi privasi masyarakat.

Bagaimanapun, suaminya mengesyaki itu adalah isterinya berdasarkan baju dan susuk tubuh wanita berkenaan.

Laporan itu menyebut lelaki itu akhirnya meminta penjelasan mengenai apa yang dilihatnya sebelum wanita itu akhirnya mengaku mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

nangtime.com - Isteri Kantoi Curang, Suami Tahu Lepas Tengok Google Maps

Pasangan itu dilaporkan berpisah selepas itu.

Dalam pada itu, berita mengenai kisah pasangan itu tular selepas dimuat naik ke Internet.

VIDEO:

Ia turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet di negara berkenaan. – Harian Metro

 

Facebook Comments