Isteri Tertidur Jaga Anak, Suami Senyap-senyap Hadiahkan Benda Paling Perempuan Nak

Siapa yang tidak gemar akan kejutan daripada suami tersayang? Lebih-lebih lagi setelah penat menguruskan rumah tangga, ‘mood’ terus bertukar gembira apabila menerima hadiah yang tidak disangka-sangka.nangtime.com - Isteri Tertidur Jaga Anak, Suami Senyap-senyap Hadiahkan Benda Paling Perempuan Nak

Itu boleh digambarkan dengan pasangan Instafamous ini apabila si suami berjaya melakukan ‘surprise’ dengan memberikan seutas gelang emas kepada isterinya yang sedang tidur.

Menerusi platform TikTok, Mikhail Isaaq memuat naik sebuah video memaparkan isterinya Siti Hajar sedang nyenyak tidur bersama anak mereka, Darwish.

“Benda yang paling perempuan nak : Bangun tidur suami ada depan mata, ada hadiah emas, handphone baru dan hadiah baru,” tulisnya.

nangtime.com - Isteri Tertidur Jaga Anak, Suami Senyap-senyap Hadiahkan Benda Paling Perempuan Nak

Lelaki berusia 26 tahun berkenaan kemudian menyarung gelang tersebut secara perlahan-lahan di tangan isterinya agar wanita itu tidak terjaga. Nanti dah tak ‘surprise’!

Setelah memakaikan gelang itu, Mikhail mengejutkan isterinya yang juga usahawan kosmetik sebelum wanita tersebut menyedari terdapat gelang emas di tangannya.

nangtime.com - Isteri Tertidur Jaga Anak, Suami Senyap-senyap Hadiahkan Benda Paling Perempuan Nak nangtime.com - Isteri Tertidur Jaga Anak, Suami Senyap-senyap Hadiahkan Benda Paling Perempuan Nak

Rakaman video berdurasi 34 saat berkenaan meraih hampir 700,000 tontonan dan 29,700 tanda suka, selain pelbagai reaksi warganet terhadap momen ‘sweet’ tersebut.

VIDEO:

Jika dilihat, rata-rata meninggalkan komen negatif terhadap pasangan itu yang didakwa terlalu banyak lakonan apabila menghasilkan sesebuah video.
nangtime.com - Isteri Tertidur Jaga Anak, Suami Senyap-senyap Hadiahkan Benda Paling Perempuan NakJangan la negative sangat..

nangtime.com - Isteri Tertidur Jaga Anak, Suami Senyap-senyap Hadiahkan Benda Paling Perempuan Nak nangtime.com - Isteri Tertidur Jaga Anak, Suami Senyap-senyap Hadiahkan Benda Paling Perempuan NakJarang bini pakai tudung tidur..

nangtime.com - Isteri Tertidur Jaga Anak, Suami Senyap-senyap Hadiahkan Benda Paling Perempuan Nak

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu meminta agar netizen menghentikan kecaman dan sifat ‘busuk hati’ sebaliknya mengambil dari sudut positif sahaja.

Sumber:  Mikhail Isaaq

Facebook Comments Box