Seorang gadis yang dikenali sebagai Nazwa menjadi tupar berikutan pengakuannya yang mendedahkan dirinya terpaksa menjadi isteri kedua demi membayar hutang keluarga. Nazwa yang berusia 21 tahun memberitahu dia diminta oleh ibu bapanya untuk berkahwin dan menjadi isteri kedua suaminya untuk menolong keluarga pada Julai tahun lepas.
Walaubagaimanapun, perkahwinannya hanya bertahan selama 6 bulan dan dia diceraikan oleh suami ketika hamil.
“Pada Julai tahun lalu, saya dinikahkan dengan suami sebagai isteri kedua kerana mahu membayar hutang orang tua.
“Bulan Oktober tahun sama, saya hamil. Pada Januari tahun ini, suami telah menceraikan saya secara lisan,”“I’m single mom. Jangan salahkah saya, ini bukan kemahuan saya tapi takdir”
Menerusi video pengakuannya yang tular, Nazwa yang berasal dari Indonesia meluahkan rasa sedih kerana terpaksa meniadi ibu muda dan janda di usia muda.
“Saya tidak minta bergelar janda dan ibu tunggal di usia awal 20-an tetapi ini bukan kehendak saya.
“Buat wanita di luar sana, jangan percaya janji lelaki tentang poligami kerana mereka boleh meninggalkan kita bila-bila masa sahaja,”
Nazwa turut memberikan nasihat buat kaum wanita agar cuba mengelakkan dengan poligami kerana ia hanya merugikan mereka di masa hadapan.
VIDEO:
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut bersimpati dengan nasib Nazwa dan mendoakan yang baik-baik buatnya di masa depan.
Kredit: Kosmo