NANGTIME

“Jangan Dia Kejar Kita Sudah” – Berdebar Tengok Abang Bomba Melepaskan Ular Tedung Selar, Tiba-tiba Sahaja Ular Berpaling Semula

Sebut sahaja ular tedung, mesti ramai yang terbayang akan seekor ular yang ditakuti ramai kerana mempunyai bisa yang boleh membahayakan kita.“Jangan Dia Kejar Kita Sudah” - Video Abang Bomba Lepaskan Ular Tedung Selar Bikin Berdebar, Tiba-tiba Ular Berpaling Balik

Kerapkali kita dengar kes rumah dimasuki ular seperti ular tedung dan sangat tidak digalakkan untuk penghuni-penghuni rumah mengambil tindakan sendiri untuk menangani haiwan tersebut.

Kalau rumah dimasuki haiwan-haiwan berbahaya seperti ular tedung, jangan cuba memandai-mandai tapi minta la pertolongan pihak berkuasa seperti BOMBA yang arif menangani siutasi tersebut.

Kebiasaanya haiwan-haiwan yang menceroboh masuk ke dalam rumah dan ditangkap pihak Bomba tidak akan dibunuh. Tetapi haiwan-haiwan ini akan dibawa ke tempat lain atau dilepaskan di satu tempat yang jauh dari penempatan manusia.

Baru-baru ini tular perkongsian dari page Persatuan Kebajikan JBPM – Bomba yang memaparkan satu video yang dirakam saat-saat pasukan Bomba melepas seekor ular tedung selar yang sangat besar!

Dalam video berkenaan, seorang anggota Bomba dilihat membawa ular tedung tersebut dengan memegang kepala ular itu dengan erat sebelum dilepaskan.Apa yang melucukan ialah suara latar rakannya dalam video tersebut yang berbunyi.

‘Jangan dia kejar kita sudah” 

VIDEO:

Lagi melucukan apabila mereka menjerit kepada rakan mereka yang membawa ular tersebut agar segera lari selepas melepaskan ular tersebut. Ular tedung itu sempat acah-acah seolah mahu mengejar anggota terbabit sebelum akhirnya berpaling dan berlalu pergi.

Kredit: Persatuan Kebajikan JBPM – Bomba

Facebook Comments Box

Exit mobile version