Jarang Ditutup Sebab Panas, Kipas Siling Tercabut Dan Terkena Leher Ibu

Tipulah jika kita langsung tidak pernah terfikir sama ada kipas siling mampu tercabut dan terjatuh lalu menghempap kita.nangtime.com - Jarang Ditutup Sebab Panas, Kipas Siling Tercabut Dan Terkena Leher Ibu

Ia sering kali bermain di minda kita lebih-lebih lagi jika kipas itu sudah agak ‘berusia’ dan lama. Memang menakutkan!

Mimpi ngeri itu ternyata berlaku ya. Menerusi laman Facebook, seorang pengguna yang menggunakan akaun Jasni Jjm baru-baru ini ada berkongsi satu peristiwa buruk yang menimpa seseorang dan ianya disebabkan oleh kipas siling.

nangtime.com - Jarang Ditutup Sebab Panas, Kipas Siling Tercabut Dan Terkena Leher Ibu

Berikut perkongsian daripada Pengguna Facebook bernama Jasni JJm:

MUSIM PKP NI JARANG TUTUP KIPAS SEBAB PANAS.
KIPAS SILING TERCABUT TERKENA LEHER ?

Min dapat ni dari perkongsian rakan dimana kipas siling tiba-tiba tercabut sebaik saja suis dibuka dan terkena leher ibunya. Nasib baik masa tu kipas dibuka dengan kelajuan perlahan.

So dekat sini min nak pesan pada semua, tolong periksa semua peralatan elektrik dirumah. Kalau ada bunyi pelik-pelik atau peralatan elektrik tu dah lama, tukarlah pada yang baru. Duit boleh dicari, tapi nyawa tiada ganti.

nangtime.com - Jarang Ditutup Sebab Panas, Kipas Siling Tercabut Dan Terkena Leher Ibu

Menurut perkongsian daripada seorang rakannya, kipas siling tersebut difahamkan jarang ditutup dan secara tiba-tiba tercabut sebaik sahaja suis dibuka.

Malangnya, kipas yang jatuh itu kemudian terkena pada ibunya. Namun nasib mangsa sedikit baik ekoran kipas tersebut hanya dibuka dengan kelajuan yang perlahan. Kalau laju, tidak tahulah apa yang bakal terjadi.

Berdasarkan foto yang dilampirkan, leher mangsa mengalami sedikit kecederaan.

nangtime.com - Jarang Ditutup Sebab Panas, Kipas Siling Tercabut Dan Terkena Leher Ibu

Oleh yang demikian, pengguna itu mengambil kesempatan untuk mengingatkan para pengguna di luar sana agar kerap memeriksa semua peralatan elektrik di rumah masing-masing.

Memandangkan lebih banyak masa di rumah, maka tidak salah jika luangkan masa untuk periksa. Jika ada bunyi aneh pada peralatan elektrik terutama yang sudah lama atau ia sudah tidak berfungsi dengan baik, segera tukar kepada yang baru.

Kredit: Era Baru

Facebook Comments Box