Pada 13 Mac yang lepas, seorang pengunjung pantai di Pelabuhan Newlyn telah menemui seekor bangkai jerung yang ditemui hanyut dan terdampar di pesisir pantai Cornwall.
Wakil daripada Yayasan Hidupan Liar Cornwall yang telah dihubungi telah tiba di lokasi lebih kurang sejam kemudian, namun berlaku fenomena air pasang hingga menyebabkan bangkai jerung itu hanyut semula ke laut.
Bangkai jerung itu bagamanapun ditemui semula oleh seorang anak kapal syarikat pelancongan Mermaid Pleasure Trip dan akhirnya bangkai jerung itu pun dibawa ke daratan.
Jerung berkenaan merupakan spesis Greenland yang dipercayai mempunyai jangka hayat antara 250 hingga 500 tahun.
Menurut pakar, jerung tersebut dipercayai dilahirkan ketika pemerintahan Raja Henry VIII dari tahun 1509 hingga 1547. Walaubagaimanapun, ianya masih belum dapat disahkan melalui bedah siasat yang dijalankan oleh Marine Strandings Network.
Jerung Greenland adalah berasal dari Lautan Artik dan Atlantik Utara tetapi jerung ini juga boleh didapati di perairan laut dalam sekitar Britain.
Menurut laporan, cuma seekor jerung spesisĀ Greenland yang pernah ditemui di Britain iaitu pada tahun 2013, namun ditemui dalam keadaan yang sama seperti sekarang iaitu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Penemuan jerung ini akan digunakan sebagai salah satu penyelidikan ke atas mamalia laut yang terdampar ke pantai dan daratan, termasuk paus dan ikan lumba-lumba.