Jual Mangkuk Tandas Yang Dicuri Di Facebook

KUCHING: Dua lelaki ditangkap apabila menjual barang curi iaitu mangkuk tandas menerusi Facebook pada Khamis.nangtime.com - Jual Mangkuk Tandas Curi Di Facebook

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata pada 22 Julai, pihaknya menerima laporan kes pecah masuk sebuah rumah di Jalan Semariang dan antara yang dilaporkan hilang ialah mangkuk tandas serta sinki.

“Susulan laporan tersebut, pasukan operasi berjaya menjejaki kedua-dua suspek masing-masing berusia 26 dan 29 tahun selepas dilihat mengiklankan barang-barang curi tersebut di Facebook.

“Suspek kemudian diberkas dan pasukan operasi turut merampas mangkuk tandas daripada kedua-dua suspek,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, suspek dalam siasatan awal turut mengaku terlibat kes pecah masuk rumah tersebut.

nangtime.com - Jual Mangkuk Tandas Curi Di Facebook

“Selain itu, saringan urin juga mengesahkan mereka positif dad4h jenis Methamphetamine dan semakan rekod juga mendapati seorang dari suspek mempunyai rekod jenayah lampau”.

Kedua-dua suspek akan direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan bagi kesalahan kedua juga harus dikenakan denda atau sebat,” katanya.

Sementara itu, Awang menasihatkan orang awam agar sentiasa membantu polis dalam menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Lapor segera agar kita dapat ambil tindakan secepat mungkin,” ujarnya.

Sumber: Utusan Borneo

Facebook Comments Box