Kucing Besar Ditemui Terbaring Di Jalan, Lelaki Terperanjat Ketika Nak Selamatkannya Dan Senasib Dengan Orang Lain
Seorang lelaki yang sedang memandu diatas jalan raya terkejut besar apabila melihat seekor ‘kucing’ besar yang seakan harimau bintang terbaring di tengah-tengah jalan. Saat melihatnya, dia pun memperlahankan dan menghentikan keretanya untuk cuba melihat keadaan haiwan tersebut.
Terlintas di fikirannya yang haiwan itu kemungkinan terbaring kerana cedera, lelaki ini pun keluar dari kereta dan melihatnya dari jarak dekat.
Ketika kejadian, Ben Lilly dalam perjalanan melalui A646 di West Yorkshire, United Kingdom, pada pagi Sabtu lalu. Bapa dua anak itu berkata, haiwan tersebut mempunyai corak seperti harimau bintang, terbaring di atas jalan.
Keputusannya untuk memberhentikan kenderaan apabila mendengar laporan mengenai beberapa kucing besar sering dilihat berada di kawasan itu, dan diharapkan dapat menyelamatkan haiwan yang cedera.
Perunding teknologi maklumat (IT) itu pada mulanya berasa berat hati untuk mendekati haiwan berkenaan kerana ia kelihatan hidup, dan mungkin mengalami kecederaan di bahagian muka.
Dia bagaimanapun berjaya mendekati haiwan tersebut sebelum menyedari usahanya sia-sia apabila ia sebenarnya merupakan baju parti dengan corak seperti haiwan.
Bagaimanapun, Ben bukan seorang sahaja yang tersilap menyangka ia adalah haiwan, tetapi ramai yang turut mengakui melihatnya lebih sekali sebaik dia memuat naik pengalaman yang memalukan itu di Facebook. Antara komen mereka:
“Bloody hell! I thought the same as I drove over it this morning.”
“This is the funniest thing ever.”
Rupanya bukan dia sahaja yang sudah terkena, tapi ramai lagi orang lain yang senasib dengannnya.