Seorang Lelaki Menemui Seekor Kucing Comel Di Hutan, Lelaki Membelanya Hingga Beranak-Pinak Sampailah Ahli Veteriner Dedahkan Spesiesnya Yang Mengejutkan.
Seorang lelaki terjumpa seekor kucing comel dalam hutan dan tanpa memiikirkan apa-apa, lelaki ini terus membawanya balik dan memelihara kucing tersebut di rumah. Kucing betina ini menyerupai seperti kucing biasa yang lain cuma ia mempunyai tompok-tompok yang cantik di bulunya seperti harimau bintang.
Kemudian, kucing ini telah bunting dan melahirkan dua belas ekor anak kucing yang sangat comel dan istimewa. Kucing-kucing ini kesemuanya sangat cantik, yang menyerupai ibunya.
Pemilik kucing ini mula merasa sangsi dan ingin tahu akan spesiesnya yang kelihatan agak berbeza dengan kucing-kucing lain yang pernah dijumpainya.
Lalu lelaki ini telah berjumpa dengan ahli veterinar untuk rujukan serta mengetahui spesies kucing ini. Ahli veterinar ini telah berkata, “Semua kucing ini bukan spesies kucing biasa, ini adalah Kucing Bengal!”.
Sehingga kini, bapa anak-anak kucing ini kekal misteri, mungkin ia dari baka Kucing Bengal juga.
Kucing Bengal adalah spesies kucing unik dan jarang didapati serta berharga mahal di pasaran. Bagi sesetengah negara, permit diperlukan jika ada pemilik ingin menjadikan kucing Bengal sebagai haiwan peliharaan.
Menurut Wikipedia, kucing Bengal atau nama saintifik ‘Prionailurus bengalensis’ ialah kucing liar yang hidup di dalam habitat asalnya di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur. Sejak tahun 2002, kucing Bengal telah disenaraikan dalam Spesies Kurang Terancam, Senarai Merah IUCN. Bermakna, spesies kucing Bengal membiak baka dengan banyak, akan tetapi habitatnya semakin berkurangan dan terancam akibat pemburuan haram kerana harganya yang mahal di pasaran.
Di Malaysia, Kucing Batu merupakan haiwan yang berada dalam senarai yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008.