Jururawat Ditemui Mendakap 3 Bayi Baru Lahir Dan Terselamat Dalam Tragedi Beirut

BEIRUT, LUBNAN – Di sebalik letupan gudang ammonium nitrat di Beirut kelmarin, muncul seorang wirawati yang sempat menyelamatkan tiga bayi yang baru dilahirkan di hospital berdekatan. Insiden tersebut dirakam oleh seorang wartawan foto CNN, Bilal Jawich yang ketika itu sedang menyelamatkan diri daripada ledakan letupan, langkahnya membawa dirinya ke Hospital Al Roum di wilayah Ashrafieh; salah satu kawasan yang musnah di situ.nangtime.com -  Jururawat Ditemui Mendakap 3 Bayi Baru Lahir Dan Terselamat Dalam Tragedi Beirut

Namun, setibanya di hospital tersebut, dia menyaksikan satu penemuan yang mengujakan.

“Saya terkejut apabila ternampak seorang jururawat sedang memegang tiga orang bayi yang dipercayai baru dilahirkan.

“Saya nampak dia (jururawat) itu tenang, sangat ‘kontra’ dengan keadaan sekeliling sejauh satu meter yang sudah musnah, beberapa mangsa terkorban dan tercedera di situ,” katanya, memetik laporan CNN.

Bagaimanapun, dakwa Jawich, jururawat itu kelihatan seperti memiliki kekuatan dalaman yang mampu mengawal dirinya serta mampu menyelamatkan tiga bayi itu.

“Orang lain pada waktu itu sedang berhadapan dengan detik ganas ledakan letupan yang gelap dan jahat, manakala dia pula masih berada pada tugasnya,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, jururawat itu memberitahu bahawa sebelum itu, dia memang berada di wad bersalin ketika letupan itu berlaku.

 

Katanya, ketika kejadian itu dia seperti tidak ‘sedarkan’ diri dan mendapati dirinya sedang membawa tiga bayi tersebut.

Tiada siapa yang selamat
Menurut laporan CNN lagi, difahamkan tiada seorang pun di hospital itu yang terselamat.

Pengurus Bencana dan Kesiapsiagaan Kecemasan, George Saad berkata kepada pemberita bahawa 12 pesakit, dua (2) pelawat dan empat (4) jururawat dilaporkan terkorban, sementara dua (2) individu lagi kritikal.

“Lebih kurang 80 peratus kawasan fasiliti hospital itu musnah, termasuk 50 peratus melibatkan peralatannya,” katanya.

Selain itu, Saad memberitahu, tiga bayi tersebut bersama ibu mereka telah dipindahkan ke hospital lain.

Ketika ini, hospital-hospital di Beirut dibanjiri dengan mangsa-mangsa letupan yang memerlukan rawatan.

Malah, kapasiti pesakit di bahagian wad kecemasan di salah sebuah hospital di pusat bandar itu, iaitu Pusat Perubatan Universiti Amerika Beirut dilaporkan sudah hampir penuh.

VIDEO:

Manakala empat lagi hospital yang lain sudah tidak dapat beroperasi kerana telah musnah akibat impak letupan tersebut, merujuk kenyataan Menteri Kesihatan Lubnan.

Sumber: CNN, Siakap Keli

Facebook Comments Box