“ Kaki Palsu Pakcik Tercabut Masa Hidupkan Enjin Motor..” Baru Nak Tutup Kedai, Pakcik OKU Datang Mahu Beli Kipas Tapi Duit Tak Cukup

Negara kita terletak di iklim khatulistiwa yang menyebabkan kita sentiasa dilanda panas dan hujan sepanjang tahun. Apabila cuaca panas, memang terasa panasnya dan jika hujan turun, ada yang berlarutan hingga sebabkan banjir.“ Kaki Palsu Pakcik Tercabut Masa Hidupkan Enjin Motor..” Baru Nak Tutup Kedai, Pakcik OKU Datang Mahu Beli Kipas Tapi Duit Tak Cukup

Ketika cuaca yang panas sekarang ini, sudah pasti kita akan mencari jalan untuk meredakan suhu di sekeliling dan rumah kita. Bagi mereka yang sedikit berkemampuan, semestinya penggunaan aircond akan sangat membantu. Jika tiada aircond, maka kipas angin juga sangat berguna.

Baru-baru ini tular mengenai satu kisah seorang pakcik yang mahu membeli kipas angin yang oleh seorang pemilik kedai kipas di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

“Saya dah nak tutup kedai, tiba-tiba pakcik ni datang nak beli kipas. Dari jauh kelihatan seperti pernah lihat susuk tubuh lelaki ini. Ya Allah, pakcik yang pernah viral jual cili sebelum ni di area Kepala Batas!

Melihat keadaan pakcik itu, pemilik kedai yang dikenali sebagai Effa Asyifa ini cuba menanhan diri daripada menangis dan pura-pura tidak sedih apabila berdepan dengannya.

“ Kaki Palsu Pakcik Tercabut Masa Hidupkan Enjin Motor..” Baru Nak Tutup Kedai, Pakcik OKU Datang Mahu Beli Kipas Tapi Duit Tak Cukup

“Saya pernah nampak pakcik ni Orang Kelainan Upaya (OKU), viral di (Facebook) Penangkini dan Komuniti Kepala Batas, cuma dah tak jumpa posting tu. Tak pernah selisih langsung sebelum ni, dalam hati memang ada niat nak beli cili pakcik ni.

Menurut Effa Asyifa, pakcik tersebut memberitahu hasratnya untuk membeli sebuah kipas yang ‘lebih laju’ memandangkan cuaca dan suhu yang panas pada masa ini. Namun duitnya tidak mencukupi untuk membeli kipas yang diinginkannya itu dan dia pun mahu memilih kipas lain.

Effa Asyifa kemudian mengambil keputusan untuk memberikan kipas yang diinginkan pakcik itu secara percuma kepadanya.

“Allah nak suruh saya kumpul pahala ni pakcik. Saya nak pahala tu pakcik, saya ikhlas bagi dekat pakcik. Dah lama saya cari pakcik tapi hari ni pakcik mai sendiri kedai saya.

“Saya yakin tak akan menitiskan air mata depan pakcik tapi saya kecundang. Kaki palsu pakcik tercabut masa nak hidupkan enjin motor tu.

“Allah Allah Allah. Menitis air mata saya. Saya tolong masukkan semula kaki pakcik,” katanya lagi.

“ Kaki Palsu Pakcik Tercabut Masa Hidupkan Enjin Motor..” Baru Nak Tutup Kedai, Pakcik OKU Datang Mahu Beli Kipas Tapi Duit Tak Cukup
Perkongsian yang tular di Facebook

Kedatangan pakcik itu membuatkan wanita ini menjadi lebih bersyukur dan menghargai.

“Saya banyak merungut akan kekurangan sedangkan saya sempurna fizikal. Walaupun diri serba kekurangan tapi pakcik insan yang hebat di mata saya.

“Anak, pakcik tak tau nak bagi apa dekat anak ni. Pakcik doakan perniagaan anak maju, rezeki melimpah ruah… anak-anak sihat?”

“Err saya tak kahwin lagi pakcik.

“Ya Allah pertemukan anak ni dengan bakal suami yang baik Ya Allah. Sampai sekarang air mata saya tak henti-henti berjurai,” ceritanya.

Rata-rata netizen memuji tindakan mulia dan ikhlas Effa yang membantu pakcik OKU tersebut. Ada juga netizen yang memberitahu sering terserempak dengan pakcik ini:

“Selalu jumpa pakcik ni dekat petronas Bertam Perdana. Pakcik ni suka berniaga pokok depan jalan nak keluar Petronas tu. Alhamdulillah kalau terjumpa selalu sedekah tapi dia suruh ambil pokok dia jual tu.

Selepas posting mengenai pakcik ini menjadi tular di media sosial, ramai orang yang mahu memberikan sumbangan terhadap pakcik OKU ini. Dipendekkan cerita, wanita ini berjaya mengumpul sumbangan orang ramai dan diserahkan kepada pakcik ini yang rumahnya 2km dari kedai dan ada isteri bersamanya.

“ Kaki Palsu Pakcik Tercabut Masa Hidupkan Enjin Motor..” Baru Nak Tutup Kedai, Pakcik OKU Datang Mahu Beli Kipas Tapi Duit Tak Cukup

Pergi rumah pakcik untuk berikan barang sumbangan orang ramai

“ Kaki Palsu Pakcik Tercabut Masa Hidupkan Enjin Motor..” Baru Nak Tutup Kedai, Pakcik OKU Datang Mahu Beli Kipas Tapi Duit Tak Cukup“ Kaki Palsu Pakcik Tercabut Masa Hidupkan Enjin Motor..” Baru Nak Tutup Kedai, Pakcik OKU Datang Mahu Beli Kipas Tapi Duit Tak CukupWanita ini juga berjanji akan memberikan khidmat baiki kipas sepanjang hayat untuk pakcik. Rumah pakcik ini dipenuhi dengan tanaman dan pokok yang kemungkinan dijualnya.

“ Kaki Palsu Pakcik Tercabut Masa Hidupkan Enjin Motor..” Baru Nak Tutup Kedai, Pakcik OKU Datang Mahu Beli Kipas Tapi Duit Tak Cukup

Pakcik sempat mengucapkan terima kasih kepada yang memberi sumbangan. Semoga pakcik dan isteri diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki.

Kredit: Effa Asyifa

Facebook Comments Box