Kanak-kanak 8 Tahun Tercampak Dari Kereta Terbabas Dan Jatuh Ke Bawah Jejambat

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun parah apabila tercampak keluar dari kenderaan dinaikinya sebelum terjatuh dari jejambat, dalam kemalangan di kilometer 0.4 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.nangtime.com -  Kanak-kanak 8 Tahun Tercampak Dari Kereta Terbabas Dan Jatuh Ke Bawah Jejambat

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu bapanya terbabas sendiri.

“Kenderaan itu terbabas akibat hujan lebat sebelum melanggar tembok kiri jejambat berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang juga penumpang belakang tercampak dari cermin sisi belakang kanan dan jatuh ke bawah dari jejambat berkenaan,” katanya.

nangtime.com -  Kanak-kanak 8 Tahun Tercampak Dari Kereta Terbabas Dan Jatuh Ke Bawah Jejambat
Kanak-kanak terhumban ke bawah jejambat Lebuhraya Duke berhampiran Jalan Tun Razak

Zulkifly berkata, mangsa tercampak dari ketinggian antara 10 hingga 15 meter dan jatuh di kawasan parkir sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Pahang.

“Mangsa mengalami kecederaan retak di paha kiri sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.

nangtime.com -  Kanak-kanak 8 Tahun Tercampak Dari Kereta Terbabas Dan Jatuh Ke Bawah Jejambat

“Siasatan kes sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Facebook Comments Box