Kanak-kanak Menangis Cemburu Dengan Ibu Kerana Selalu Terima Barang Dari Posmen, Sekali Pos Malaysia Bagi Bungkusan Hadiah

Kanak-kanak Menangis Cemburu Dengan Ibu Kerana Selalu Terima Barang Dari Posmen, Sekali Pos Malaysia Bagi Bungkusan Hadiah.nangtime.com - Kanak-kanak Menangis Cemburu Dengan Ibu Kerana Selalu Terima Barang Dari Posmen, Sekali Pos Malaysia Bagi Bungkusan Hadiah

Sebelum ini, pernah viral tentang kanak-kanak perempuan yang menangis kerana cemburu ibunya sering menerima parcel dari abang posmen.

Gelagat comel kanak-kanak ini menarik perhatian ramai dan mencuit hati ramai di media sosial.

nangtime.com - Kanak-kanak Menangis Cemburu Dengan Ibu Kerana Selalu Terima Barang Dari Posmen, Sekali Pos Malaysia Bagi Bungkusan Hadiah
Menangis sebab cemburu dengan mamanya yang asyik dapat barang dari posmen

VIDEO (tular sebelum ini):

Baru-baru ini pula, ada kejutan lain yang diterima oleh kanak-kanak ini dari Pos Malaysia.

Memandangkan sebelum ini asyik ibunya saja yang menerima barang online, kini giliran anaknya pula untuk menerima barang yang dikirimkan oleh Pos Malaysia.

nangtime.com - Kanak-kanak Menangis Cemburu Dengan Ibu Kerana Selalu Terima Barang Dari Posmen, Sekali Pos Malaysia Bagi Bungkusan Hadiah
Hadiah Pos Malaysia sudah sampai, senyum lebar adik ni

Kejutan yang diberikan ini ternyata berjaya menggembirakan kanak-kanak ini yang begitu teruja menerimanya. Anda boleh lihat video penuhnya di bawah:

VIDEO:

Di dalam video yang dikongsikan ini, ibu kanak-kanak itu memberitahu dia menerima kiriman mesej dari pihak Pos Malaysia yang merancang untuk memberikan kejutan pada anaknya.

Pihak Pos Malaysia kemudian telah menghantar satu bungkusan barang yang diberikan di atas nama kanak-kanak perempuan itu.

nangtime.com - Kanak-kanak Menangis Cemburu Dengan Ibu Kerana Selalu Terima Barang Dari Posmen, Sekali Pos Malaysia Bagi Bungkusan Hadiah

Sebaik saja bungkusan itu selamat tiba di rumah, kanak-kanak itu kemudian membuka barangan itu dan mendapati ia adalah sebuah tabung. Di dalam kiriman surat yang diberikan, pihak Pos Malaysia sempat berseloroh mengajar kanak-kanak itu menabung supaya dapat membeli barang seperti ibunya.

nangtime.com - Kanak-kanak Menangis Cemburu Dengan Ibu Kerana Selalu Terima Barang Dari Posmen, Sekali Pos Malaysia Bagi Bungkusan Hadiah
Kemain happy lagi adik ni dapat hadiah hihi

Di ruangan komen, gelagat gembira kanak-kanak itu turut mencuit hati ramai netizen yang turut sama teruja melihatnya. Antara komen-komen netizen:

“So cute. Abang posmen suruh simpan duit baru boleh shopping…”

“Akhirnya awak dapat bungkusan nama awak sendiri.”

“Aku punyalah payah duk minta tabung…”

“Nak nangis jugak lah. Mana tau dapat free tabung Pos Malaysia.”

“Sukanya dia..”

‘Terbaik Pos Malaysia, suka tengok adik ni senyum..”

Sumber : HCL

Facebook Comments Box