NANGTIME

Kantoi Menconteng Kereta Guna Lipstik, Budak Lelaki Segera Lari Dengan Basikal 3 Roda Bila Perbuatannya Disedari Orang

Kanak-kanak walaupun pada fizikal mereka kelihatan comel dan disukai ramai namun kadangkala kenakalan mereka boleh membuatkan orang dewasa berasa bengang.Kantoi Menconteng Kereta Guna Lipstik, Budak Lelaki Segera Lari Dengan Basikal 3 Roda Bila Perbuatannya Disedari Orang

Usia kanak-kanak sememangnya usia dimana kita akan teruja mahu mencuba melakukan benda-benda baru dan kadangkala kenakalan kanak-kanak akan membuatkan orang dewasa marah dan hilang sabar.

Namun begitu, kita hendaklah ingat bahawa diusia yang mentah kanak-kanak masih belum boleh berfikir dengan matang dan kita diusia kanak-kanak juga mungkin melakukan perkara yang serupa diusia mereka.

Baru-baru ini, tular mengenai satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki kantoi sedang menconteng sebuah kereta berwarna putih. Bila diteliti, rupanya dia menggunakan lipstik merah yang berkemungkinan milik ibunya untuk menconteng kereta berkenaan.

Kanak-kanak lelaki itu kelihatan khusyuk menconteng kereta berkenaan hinggalah dia menyedari ada orang yang memerhatikannya. dan merakam aksinya.

Apa yang lagi melucukan adalah kanak-kanak lelaki itu segera cuba lari dari tempat kejadian dengan menaiki basikal tiga roda sebaik menyedari perbuatannya telah diketahui. Malah dari video yang ditularkan, dipercayai kanak-kanak lelaki ini menggunakan banyak lipstik untuk menconteng kereta putih tersebut.

Video kanak-kanak itu kemudiannya dimuatnaik ke laman twitter oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Morissa Schwartz dengan ayat “Dia akan memiliki kedai cat kereta satu hari nanti”

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut yang disifatkan comel walaupun nakal, dan seorang pengguna mengatakan kanak-kanak itu mempunyai bakat dalam bidang lukisan. Satu komen lagi pula dengan berseloroh mennyuruh kanak-kanak itu menggunakan pemutar skru lain kali.

VIDEO:

Meskipun tidak dapat dipastikan siapa pemilik kereta itu, seorang pengguna berharap agar kereta itu adalah milik ahli keluarga kanak-kanak itu bagi mengelakkan berlaku masalah dengan orang luar.

Facebook Comments Box

Exit mobile version