“Katanya Tersalah Call” Terima Call ‘Kecemasan’ Dari Budak 5 Tahun, Polis Tak Ambil Mudah Dan Terus Siasat Di Rumah

Kisah ini berlaku tahun lepas di mana seorang budak lelaki berusia 5 tahun bernama Charlie dari Arizona telah mendail talian kecemasan 911 tanpa menyedari itu adalah talian kecemasan. Pegawai yang bertugas ketika itu menjawab panggilan kecemasan tersebut dengan debaran namun apabila diangkat muncul suara anak kecil di hujung talian dan berkata, “Hai, adakah ini McDonald’s?”nangtime.com - “Katanya Tersalah Call” Terima Call ‘Kecemasan’ Dari Budak 5 Tahun, Polis Tak Ambil Mudah Dan Terus Siasat Di Rumah

Rupa-rupanya Charlie telah tersalah telefon. Dia mahu menghubungi McDonald’s namun dia tersalah dengan menghubungi talian kecemasan 911.

Pegawai yang bertugas, Anthony Bonilla tidak memandang ringan panggilan tersebut dan menjawab, “Ini bukan McDonald’s, ini adalah balai polis. Adakah anda memerlukan bantuan?”

Mendengar kata-kata itu barulah Charlie tahu bahawa dia telah tersalah telefon namun dia sempat berkata, “Bolehkah saya memesan Happy Meal?” dan kemudian terus menutup telefon.

Untuk keselamatan anak kecil itu, Anthony terus menghubungi Charlie semula dan kali ini ayahnya pula yang menjawab.

Dia sangat terkejut dan malu setelah mengetahui apa yang dilakukan anak kecilnya dan dia memberitahu pegawai tersebut bahawa semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Namun begitu, pegawai polis tetap perlu ke rumah Charlie untuk melakukan pemeriksaan kerana itu adalah peraturan yang telah ditetapkan.nangtime.com - “Katanya Tersalah Call” Terima Call ‘Kecemasan’ Dari Budak 5 Tahun, Polis Tak Ambil Mudah Dan Terus Siasat Di RumahAnthony berkata kepada ayah Charlie, “Ini sangat lucu. Dia bertanya kepada saya jika saya adalah McDonald’s dan dia inginkan Happy Meal. Seorang pegawai polis akan datang melakukan pemeriksaan di rumah anda kemudian, siapa tahu, mungkin dia akan berhenti di McDonald’s sekali.”

Tidak lama kemudian seorang anggota polis, Konstabel Randolph’Scott ‘Valdez telah datang ke rumah Charlie dengan membawakannya Happy Meal seperti yang dimahukannya.

nangtime.com - “Katanya Tersalah Call” Terima Call ‘Kecemasan’ Dari Budak 5 Tahun, Polis Tak Ambil Mudah Dan Terus Siasat Di Rumah

Setelah mengesahkan bahawa tiada apa-apa kecemasan yang berlaku, Charlie akhirnya mendapat makanan yang dia mahukan daripada pegawai polis itu. Tidak hanya itu, pegawai tersebut juga turut menerangkan kepada Charlie tentang talian kecemasan dan bila talian tersebut boleh dihubungi.

Ibu Charlie telah memuat naik kisah tersebut di media sosial dan dia sangat berterima kasih kepada pegawai yang bertuas serta pihak polis yang sabar dalam mengendalikan masalah itu.

Sumber: Era Baru

Facebook Comments Box