Kedai Pajak Gadai Pilihan Penyelamat Terakhir Untuk Meneruskan Kehidupan

Kedai Pajak Gadai Pilihan Penyelamat Terakhir Untuk Meneruskan Kehidupan. Selepas memasuki minggu ketujuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP bersyarat, kesannya memang cukup terasa dari segi ekonomi dan kewangan.nangtime.com - Kedai Pajak Gadai Pilihan Penyelamat Terakhir Untuk Meneruskan Kehidupan

Ya khususnya kepada golongan pekerja harian, bekerja sendiri dan golongan miskin di negara ini.

Mungkin sebahagian daripada mereka sudah hilang pekerjaan. Apabila hilang pekerjaan bermaksud hilanglah mata pencarian. Maksudnya, tidak ada pendapatan. Sedangkan anak dan isteri perlu menyambung nafas.

Di Semenanjung ketika PKP bersyarat dilaksanakan pada Isnin, kita dapat saksikan bagaimana orang ramai berbaris menuju ke kedai pajak gadai.

nangtime.com - Kedai Pajak Gadai Pilihan Penyelamat Terakhir Untuk Meneruskan Kehidupan

Ini berlaku di beberapa kedai pajak gadai dalam negara. Gambar dan orang orang ramai berbaris di beberapa kedai pajak gadai tular di media sosial.

Itu dengan sendiri membuktikan kesan teruk Covid-19 dan PKP terhadap golongan miskin dan tidak berdaya.

Mereka sanggup beratur panjang di depan kedai berkenaan menunggu giliran hanya untuk memastikan mereka dapat menyambung hidup.

 

Ramai pengguna media sosial berdoa agar urusan mereka lancar dan dipermudahkan ketika diuji dalam tempoh mencabar ini.

Pajak gadai ialah tempat terakhir mereka bergantung kerana mungkin tidak ada tempat lain lagi untuk meminjam wang. Atau mungkin mereka malu hendak meminjam daripada saudara-mara dan keluarga lain.

Fungsi kedai pajak gadai ialah memberi pinjaman wang tunai ke atas barang gadaian bagi tempoh enam bulan dengan faedah 2 peratus sebulan.

Lebih baik ke kedai pajak gadai daripada ke ah long.nangtime.com - Kedai Pajak Gadai Pilihan Penyelamat Terakhir Untuk Meneruskan Kehidupan

Menurut Pusat Khidmat Aduan Pengguna nasional, barang kemas menjadi pilihan utama serta jam tangan berjenama dan juga pen berjenama.

Selain daripada itu, barangan berharga yang lain contohnya komputer riba atau telefon bimbit tidak boleh dipajak.

“Tempoh gadaian ialah selama enam bulan, tetapi gadaian juga boleh ditebus pada bila-bila masa. Sekiranya tidak dapat menebus gadaian sebelum tamat tempoh pemajak gadai boleh memberitahu kepada pemegang pajak gadai untuk melanjutkan tempoh masa tidak kurang daripada tiga bulan. Setiap butir lanjutan hendaklah dibuat dalam buku pemegang pajak gadai juga dalam surat pajak gadai,” katanya.

“Pemajak gadai dikehendaki membawa barangan gadaian tersebut untuk mendapatkan pinjaman. Pemegang pajak gadai haruslah mencacatkan butir-butir transaksi pemajakgadaian dalam buku dan mengeluarkan surat pajak gadai.

Contohnya, jelasnya jika seseorang ingin meminjam RM150.00 dengan mengadai seutas cincin emas dengan kadar faedah 2% sebulan dalam tempoh 6 bulan. Jumlah yang dipinjam RM150.00 + faedah 2% (2x6bulan = RM18) = RM168.00,” katanya. – Sarawakvoice

Facebook Comments Box