Sebelum ini juga pernah berlaku di Indonesia apabila ribuan burung tiba-tiba jatuh dan mati tanpa diketahui puncanya di Bali tidak lama dahulu. Kini kejadian yang mungkin serupa berlaku di Sepanyol.
Kejadian aneh tersebut berlaku di luar sebuah kawasan hospital sekitar jam 9 pagi apabila ratusan ekor burung perling tiba-tiba sahaja jatuh seperti hujan dan mati.
Burung-burung malang itu dilaporkan mati jatuh dan melanggar kad serta pejalan kaki di luar kawasan hospital tersebut.
Pihak polis bagaimanapun mengesahkan tiada sesiapa (manusia) yang cedera susulan kejadian tersebut.
Menurut Mapi Rodríguez selaku wakil penduduk tempatan berkata, burung-burung itu keluar dari celahan pokok berhampiran kawasan kecemasan hospital dan terbang beberapa meter sebelum mereka jatuh terjunam ke lantai.
“Burung-burung itu telah dikumpulkan dan kini menunggu untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku”
“Kami telah diberitahu ia tidak akan mudah.”
Agensi alam sekitar telah mengambil dua ekor burung yang mati itu untuk dikaji dan disiasat. Sebelum ini, di kawasan Tarragona juga pernah berlaku keajadian seperti ini apabila ratusan ekor burung jatuh dan mati akibat bahan kimia toksik yang dilepaskan daripada loji petrokimia.
Namun begitu, dalam kes di luar hospital ini, tiada sebarang laporan mengenai pelepasan bahan kimia ke langit yang dilaporkan.
Di media-media tempatan, ada khabar angin yang mendakwa bahawa berkemungkinan burung-burung tersebut terkena renjatan elektrik pada tiang elektrik yang berdekatan.
Punca mengenai kejadian ini juga masih belum diketahu dan dalam siasatan pihak berkuasa.