Kemunculan beberapa lubang misteri di Siberia sejak 2014 membuatkan kerisauan dikalangan penyelidik dan ahli sains.
Di sebuah semenanjung terpencil di atas garisan artik, sebuah lubang besar terbentuk disyaki disebabkan oleh letupan dari bawah tanah. Di sekitar lubang itu, akar-akar tanaman yang tumbuh mengelilingi telah hangus, menunjukkan betapa hebatnya lubang di tengah-tengah garisan artik Siberia ini terbentuk.
Menurut laporan BBC Future, seorang ahli geologi Institut Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Evgeny Chuvilin telah datang untuk memeriksa lokasi tersebut pada September 2020.
Lubang gergasi terbaru (gambar atas) dianggarkan memiliki kedalaman lebih kurang 50 meter atau 164 kaki dan menampung bahagian-bahagian penting dari banyak persolana yang sehingga kini masih menjadi misteri.
Lubang itu dipercayai terbentuk disebabkan letupan gas metana dan karbon dioksida yang terperangkap didalam tanah bersama ais. Apabila cuaca semakin panas ais tersebut akan cair menyebabkan berlaku fenomena lebih biasa seperti berlakunya letupan.
Penemuan ini adalah salah satu daripada beberapa lubang misteri yang terdapat di Kutub Utara Siberia. Sehingga kini, para penyelidik dikatakan telah menemui 16 buah lubang kawah yang serupa lain yang dianggap berasal dari letupan semula jadi dan pertama kali dipalorkan pada tahun 2014.Walaubagaimanapun, terdapat juga pendapat yang mengatakan lubang-lubang tersebut muncul disebabkan meteorit yang jatuh dari ruang angkasa.
Berikutan hal itu, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Minyak dan Gas Rusia, Vasily Bogoyavlensky, mengatakan bahawa sekurang-kurangnya tujuh lubang misteri dilihat. Foto satelit mendedahkan bahawa salah satu lubang itu mempunyai kawah kecil di dalamnya.
“Saya membandingkan penemuan ini seperti cendawan. Apabila anda menjumpai satu cendawan, pastikan terdapat cendawan lain di sekitarnya. Saya meramalkan akan ada 20 hingga 30 lubang lagi,” kata Vasily.
Cegah Bencana Yang Memudaratkan
Vasily mendesak para penyelidik untuk mencegah bencana yang berkaitan dengan penemuan lubang itu.
Menurut Vasily, bencana itu boleh memberi kesan negatif terhadap infrastruktur minyak di wilayah ini. Dia mengatakan bahawa pelepasan gas yang berkaitan dengan perubahan iklim adalah penyebab lubung itu terbentuk.
“Kajian mendalam diperlukan untuk mengetahui penyebab kemunculan lubang misteri itu. Kita juga harus tahu adakah lubang lain akan muncul lagi di kawasan itu,” tambahnya lagi.