Kena ‘Kacau’ Dengan Mainan Kaktus, Dah Cabut Bateri Semua Pun Masih Kena Kacau

Jika anda seorang yang sentiasa update dengan trend terkini mesti tahu akan mainan kaktus viral yang boleh berjoget dan menghiburkan terutama kepada golongan budak-budak. Pendek kata mainan kaktus ini merupakan salah satu mainan yang popular pada ketika ini.Seram, Lelaki Ini Dah Cabut Bateri Tapi Masih Kena Kacau Selepas Beli Mainan Kaktus

Di media sosial ,sudah ramai yang berkongsikan gelagat dan telatah anak-anak yang terhibur semasa bermain dengan kaktus berjoget ini. Namun baru-baru ini timbul cerita yang kurang enak mengenai mainan kaktus ini seperti yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini.

Lelaki ini menceritakan dirinya diganggu ketika tidur apabila mainan kaktus itu tiba2 bercakap meskipun dia sudah mencabut bateri dari badan kaktus tersebut.

Seram, Lelaki Ini Dah Cabut Bateri Tapi Masih Kena Kacau Selepas Beli Mainan Kaktus

Netizen yang menyaksikan video tersebut turut terasa ‘seram’ lebih-lebih lagi butang suis dah tutup dan bateri dah cabut, tapi suara kaktus itu masih berterusan mengganggu lelaki berkenaan.

Anda boleh tengok sendiri perkongsian brader ini dalam video di bawah:

 VIDEO 1:

VIDEO 2 (Sudah Buang Bateri):

Lelaki ni dengar kaktus tu bercakap ‘ tidur ke tu’

Seram, Lelaki Ini Dah Cabut Bateri Tapi Masih Kena Kacau Selepas Beli Mainan Kaktus

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa seram mereka menyaksikan video tersebut. Antara komen-komen netizen:

Seram, Lelaki Ini Dah Cabut Bateri Tapi Masih Kena Kacau Selepas Beli Mainan Kaktus

 

Aku tak tahulah, aku seorang sahaja kot yang takut tengok benda ni. Nampak cam menakutkan.

Ala…baru plan nak beli. Bila tengok macam ni tak jadilah belinya.

Ni punca aku tak beeli, sebab dulu ada pengalaman pasal patung berjalan..

Walaubagaimanapun, selain daripada brader ni, ramai je orang lain yang elok-elok sahaja selepas membeli kaktus ini. So, terpulanglah kepada anda jika nak beli atau tidak!

 

 

Facebook Comments Box