Baru-baru ini tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki merajuk dalam sebuah kereta. Dalam video yang dikongsikan, budak lelakii tersebut kelihatan berpakaian tadika sedang bercakap dengan seorang wanita yang dipercayai merupakan ibu kepadanya.
Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Tiktok dengan nama akaun theezras itu pantas menjadi tular dan mencuri tumpuan ramai kerana kata-kata si kecil tersebut.
Budak lelaki tersebut dipercayai kena marah oleh cikgu di sekolahnya, namun kemudian apabila mengadu dengan ibunya, budak tersebut merajuk kerana ibunya tak berpihak kepadanya.
Kemudiannya, si kecil itu kata tak nak kawan dengan mama nya pula, alahaiii! Paling tak boleh bloah ialah kemudian dia minta mama baru, belikan mama baru untuk dia katanya,
Minta ibu belikan dia ‘mama’ baru
Amboi, bijak siap suruh beli mama baru! Nak beli kat manalah agak-agaknya tu dik? Perkongsian rakaman ini telah meraih ribuan tontonan daripada netizen.
VIDEO:
Rata-rata warganet terhibur dengan rakaman mengenai si kecil minta mama baru ini dan tidak ketinggalan memberikan komen masing-masing di ruangan komen mengenai video tersebut.
“Hang cari pasai dik oiii”
“Hahaha..Mama tak comel..Nak mama baru ye…”
Bila dah besar nanti, ibu dia boleh la tunjukkan balik video ni pada si kecil itu, hehe.