Kepala Bayi Sudah Nak Keluar, Ahli Bomba Jadi Bidan Terjun Sambut Kelahiran Bayi Perempuan

Dalam perjalanan ke hospital Shah Alam bersama dengan suami, seorang wanita hamil merasa sakit untuk bersalin dengan air ketuban sudah pecah. Mereka kemudian memasuki perkarangan Balai Bomba kira-kira jam 7 malam untuk meminta bantuan.Kepala Bayi Sudah Nak Keluar, Ahli Bomba Jadi Bidan Terjun Sambut Kelahiran Bayi Perempuan

Anggota Bomba yang menyedari keadaan mereka pun segera menghubungi pihak hospital untuk bantuan selanjutnya.

Walaubagaimanapun, ketika menunggu ketibaan ambulans, wanita tersebut telah melahirkan bayi perempuan dengan selamat dan disambut oleh seorang anggota Bomba wanita yang dikenali sebagai Norsyuhadah Ahmad.

“Kepala bayi sudah hendak keluar dah ni!” jeritan seorang ibu yang berada dalam kesakitan hendak melahirkan anak masih terngiang-ngiang dalam fikiran Pegawai Bomba Kanan II Nor Syuhadah Ahmad, 33, sehingga kini.Kepala Bayi Sudah Nak Keluar, Ahli Bomba Jadi Bidan Terjun Sambut Kelahiran Bayi Perempuan

Menurut Nor Syuhadah Ahmad, pengalaman menyambut bayi perempuan di tempat duduk hadapan kereta di perkarangan tempatnya bekerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dekat sini adalah perkara yang cukup luar biasa baginya.

“Berbekalkan sarung tangan perubatan, saya bertawakal kepada Allah dengan niat hendak menolong wanita itu yang berada dalam kesakitan kerana bayi sudah hendak keluar ketika itu.

“Saya berdebar, baca doa banyak-banyak dan kemudiannya bayi itu keluar, menangis. Saya terbalikkan bayi itu dan mengusapnya, memastikan saluran pernafasan tidak terhalang, dan kemudiannya ambulans tiba,”Kepala Bayi Sudah Nak Keluar, Ahli Bomba Jadi Bidan Terjun Sambut Kelahiran Bayi Perempuan

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Muhammad Hazrin Zulkifli, wanita itu dan bayinya kemudian diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan ( KKM ) untuk tindakan lanjut.

Difahamkan bayi tersebut merupakan anak kelima wanita yang dikenali sebagai Nyak Siti Nurleena Zulkarnain, 29 itu bersama suaminya.

Facebook Comments Box