Kerana Tersilap Buat Panggilan, Pemuda Kahwin Dengan Wanita 54 Tahun Lebih Tua

Kata orang, cinta itu tidak mengenal usia dan ianya sudah banyak kali dibukitkan oleh ramai orang atau pasangan. Sebelum ini pernah tular mengenai banyak kes perkahwinan berbeza usia, namun kes ini adalah salah satu kisah tular yang pernah menarik perhatian ramai 3 tahun lalu.nangtime.com - Kerana Tersilap Buat Panggilan, Pemuda Kahwin Dengan Wanita 54 Tahun Lebih Tua

Seorang pemuda berusia 28 tahun langsung tidak menyangka panggilan telefon yang dibuat seorang wanita tersalah nombor akan membawa kepada perkenalan mereka.

Martha Potu mengatakan perkenalan mereka bermula dimana dia tidak sengaja menghubungi Sofian Loho Dandel menerusi panggilan telefon.

“Martha secara tidak sengaja mendail nombor telefon saya. Dek kerana panggilan yang salah itu, kami mula berbual.

nangtime.com - Kerana Tersilap Buat Panggilan, Pemuda Kahwin Dengan Wanita 54 Tahun Lebih Tua“Perbualan itu tidak tamat kerana selepas itu, kami saling berhubung tanpa saya sedari berapakan umur sebenar Martha. Kami mula jatuh cinta dan membuat keputusan untuk berjumpa,” kata Sofian.

Ketika berjumpa Sofian terkejut kerana Martha rupanya sudah berumur 82 tahun iaitu 54 tahun lebih tua daripadanya tetapi mereka tetap meneruskan hubungan kerana sudah menyintai satu sama lain.

nangtime.com - Kerana Tersilap Buat Panggilan, Pemuda Kahwin Dengan Wanita 54 Tahun Lebih Tua“Saya tak pernah bercinta. Ini merupakan cinta pertama saya. Kami saling mencintai antara satu sama lain dan mahu meneruskan hubungan ini

“Walaupun pada awalnya kami mendapat tentangan hebat, akhirnya semuanya berjaya diselesaikan dan kami dapat berkahwin selepas setahun usia perkenalan kami,” katanya lagi.

p/s: Kisah pasangan ini tular pada 3 tahun lepas dan tak dapat dipastikan macam mana perhubungan mereka sekarang sama ada mereka masih bersama atau tidak.

 

Facebook Comments Box