Kereta Buat Hal Lalu Jalan Motosikal Dan Ganggu Perjalanan Mereka Sampaikan Pemandu Motosikal Terpaksa Block Untuk Mengusirnya. Penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya naik berang apabila sebuah kereta mewah jenis SUV menggunakan laluan motosikal sekaligus mengganggu perjalanan mereka.
Walaupun hon dibunyikan berkali-kali, pemandu tersebut tetap meneruskan perjalanan.
Bahayakan penunggang motosikal
Menerusi Twitter Mohd Redzuan, kenderaan tersebut telah memasuki lorong motosikal sebelum diarahkan berhenti oleh penunggang motosikal disitu. Dia kemudiannya diarahkan keluar dari lorong tersebut atas faktor keselamatan.
Memandu di lorong motosikal. Polis sahkan sedang kesan pemandu kenderaan SUV Volvo di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya. Siasatan dapati kenderaan itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.
Polis buru pemandu kereta
Kita akan mengambil tindakan lanjut berkaitan kejadian ini.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihak polis sedang giat mengesan pemandu kenderaan tersebut. Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut didaftarkan atas nama sebuah syarikat.
Selain itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut Sekyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
VIDEO:
Memandu di lorong motosikal.
Polis sahkan sedang kesan pemandu kenderaan SUV Volvo di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya.
Siasatan dapati kenderaan itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat. pic.twitter.com/jZ8MZiyKsP
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) June 24, 2020
Sumber: Mohd Redzuan, Harian Metro