Seorang lelaki terserempak dengan seorang uncle yang mengalami kemalangan di lebuh raya, keretanya terbabas masuk ke dalam longkang. Perkongsian daripada Zulkamal Azizi bin Ramli itu menjadi tular di laman facebook sejak semalam.
Menurut perkongsian Zulkamal, pakcik tersebut sudah cuba meminta bantuan orang ramai dengan cuba menahan kereta, tetapi selepas hampir sejam masih tiada orang orang yang berhenti untuk memberikan pehatian dan pertolongan.
Zulkamal yang secara kebetulan melalui kawasan itu ternampak keadaan pakcik tersebut dan berhenti untuk membantunya. Dia kemudian membantu pakcik itu untuk menghubungi PLUS iaitu syarikat konsesi yang bertanggungjawab menguruskan lebuh raya utara selatan.
“Kesian uncle ni sejam accident! Tahan orang takda yang berhenti..” luah Zulkamal.
“Kebetulan aku lalu dia lambai² tahan aku.. Aku tanya tak call plus ke? Dia kata tak tau no.. Sebab tu abam setiap kali kalau nampak accident kat highway abam akan call plus.. Sebab apa? Kemungkinan yang accident ni macam uncle ni la. Taktau apa..”
Beliau sempat berpesan kepada pengguna lebuhraya agar menyimpan nombor telefon PLUS atau pengendali lebuhraya yang lain, agar boleh dihubungi ketika berlaku perkara yang tidak diingini.
Ni aku pesan kat korang, no plus kat bawah ni save in case ada emergency pape kat highway… sekarang mungkin korg rasa tak penting… bila dah kena, baru tau betapa pentingnya plus line ni…(minta dijauhkan la). Berguna untuk korang one day… No plus ni dalam otak aku je… K lah… abam Dah lencun niii….
Perkongsian Zulkamal itu menjadi tular dan rata-tara pengguna media sosial memuji tindakannya yang sudi menghulurkan bantuan kepada uncle tersebut.
Jika berlaku apa-apa di lebuh raya utara selatan, anda boleh call no telefon PLUS ini iaitu 1800-88-0000.
Kredit: Zulkamal Azizi bin Ramli