Kerja Bangang Lelaki Menyamar Jadi Dinosaur Dan Mengacau Buaya

Kerja Bangang Lelaki Menyamar Jadi Dinosaur Dan Mencabar Buaya Besar! Kau Ingat Buaya Tu Tak Kenal Manusia Kah?nangtime.com - Kerja Bangang Lelaki Menyamar Jadi Dinosaur Dan Mencabar Buaya Besar! 

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Jason McDonald membuat satu kerja gila apabila cuba untuk mencabar dan mengacah-acah buaya besar tersebut. Entah apa yang ada dalam  fikiran Jason  apabila beliau nekad mengambil keputusan untuk berpakaian seperti seekor T-Rex dan memasuki kawasan seekor buaya.

Lelaki yang berasal dari Colorado itu mengakui bahawa penglihatan beliau terhad di dalam sut dinosaur yang dipakainya sewaktu mengusik reptilia seberat 227kg itu.

“Walaupun saya mempunyai gerakan refleks yang pantas, tetapi sekiranya buaya tersebut menyerang, saya akan mengalami hari yang buruk,” – kata Jason.

Bukan sekali dua kita dengar, biar haiwan yang terlatih sekalipun, sudah banyak kes manusia ‘dikerjakan’ oleh haiwan seperti di Zoo atau Taman Haiwan, hingga ada yang meIayang nyawa. Apatah lagi kalau kita dengan sengaja mahu mencabar haiwan-haiwan tersebut.

nangtime.com - Kerja Bangang Lelaki Menyamar Jadi Dinosaur Dan Mencabar Buaya Besar! 

Walaubagaimanapun, Jason bernasib baik kerana buaya tersebut yang diberi nama Morris merupakan bintang filem yang telah dilatih dan membintangi filem-filem seperti filem Dr. Dolittle dan Happy Gilmore.

Tambah Jason, “mungkin ianya kelihatan seperti kami sedang mengusik buaya tersebut, tetapi Morris kini sangat berisi jadi kami perlu membuatnya bergerak sewaktu memberinya makan.”

VIDEO:

p/s: Tak kisah  la kalau buaya terlatih atau tidak, min memang tak akan buat kerja macam ni.

Facebook Comments Box