Ketua Polis Negara Sahkan Seorang Lagi Pegawai Polis MeninggaI Dunia Disebabkan COVID-19

” Seorang pegawai telah meninggaI dunia akibat wabak Covid-19, dan ada yang dijangkiti kerana pergi ke luar negara serta dijangkiti daripada kluster ahli tabligh,”nangtime.com - Ketua Polis Negara Sahkan Seorang Lagi Pegawai Polis MeninggaI Dunia Disebabkan COVID-19

Demikian kenyataan yang dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador di mana seorang anggota pasukan keselamatan itu telah mninggaI dunia akibat wabak Covid-19, lapor agensi berita nasional.

Abdul Hamid memberitahu, setakat ini, 33 anggota pasukan keselamatan itu disahkan positif Covid-19, manakala kira-kira 750 ahli keluarga mereka diarahkan untuk dikuarantin.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hamid dipetik Bernama berkata beliau telah mengeluarkan arahan kepada semua ketua polis daerah supaya melakukan pembersihan dan pembasmian kuman di semua lokap pada setiap hari.

” PDRM sentiasa laksana tugas dengan mengambil kira hak asasi manusia dan semua pihak perlu faham akan tugas pihak polis,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Abdul Hamid juga dilaporkan meminta semua anggota keselamatan bertugas menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memakai penutup hidung dan mulut serta mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.

” Prosesur operasi standard (SOP) di sekatan jalan raya sudah ada, antaranya anggota yang bertugas tidak dibenarkan pegang kereta ketika bertanya serta digalakkan untuk kerap mencuci tangan,” jelasnya.

Kes terdahulu yang juga melibatkan anggota polis

Sementara itu satu kes yang turut melibatkan anggota polis sebelum ini di mana Inspektor Mohd Fairos Saberon disahkan mninggaI dunia selepas positif Covid-19 pada 25 Mac lalu.

Menurut isteri Allahyrham, Aiza Syafinaz Shahak, 34, kali terakhir dia bertemu suaminya pada 18 Mac lalu di Wad Saringan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat saringan berhubung wabak berkenaan. Aiza memberitahu pada 19 Mac arwah suami ada menghubungi menerusi panggilan video dan berpesan supaya menjaga diri kerana dia mungkin perlu dikomakan sebelum melalui proses intubasi.

Menurut Aiza itu kali terakhir suami menghubunginya sebelum menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta supaya bersedia dengan segala kemungkinan.

Ingin mati sebagai negarawan

nangtime.com - Ketua Polis Negara Sahkan Seorang Lagi Pegawai Polis MeninggaI Dunia Disebabkan COVID-19

Tambah Aiza lagi, suaminya juga mengadu susah untuk bernafas dan keadaan di wad berkenaan panas dan tidak dapat menjelaskan bagaimana dia boleh dijangkiti Covid-19, bagaimanapun sebelum ini memang mereka ada bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.

” Sebelum bercuti dia memang mengalami demam dan sudah membuat pemeriksaan di klinik,” katanya.

Kata Aiza, arwah seorang pegawai polis yang berdedikasi dan sering mengikut arahan pegawai atasan dan tidak pernah menolak arahan. Dia juga pernah beritahu dia ingin mati sebagai negarawan.

” Hari dia meninggaI dunia semalam adalah Hari Polis yang ke-213. Jiwa dia memang sangat mendalam dalam bidang kepolisan,” katanya.

Sementa itu berdasarkan laporan terbaru, Aiza Syafinaz Shahak juga kini disahkan positif Covid-19 dan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan dan kuarantin.

Sumber: Malaysia United

Facebook Comments Box