Ketumbuhan Luar Biasa Di Wajah, Wanita Ini Akhirnya Mampu Senyum Semula

Seorang wanita kini mampu senyum kerana berwajah lebih normal selepas menjalani pembedahan kompleks untuk membuang segumpal ketumbuhan dari mukanya.nangtime.com - Ketumbuhan Luar Biasa Di Wajah, Wanita Ini Akhirnya Mampu Senyum Semula

Natalia Aperasay, 26, yang berasal dari Papua Barat, Indonesia, lahir dengan masalah neurofibromatosis – keadaan genetik yang menyebabkan ketumbuhan terbentuk pada kulit, otak, tulang belakang dan bahagian badan lain, lapor news.com.au.

Keadaannya amat teruk sehingga menyebabkan kecacatan pada bahagian kanan wajahnya seterusnya menyukarkannya makan, minum dan bercakap.

Lebih menyukarkan keadaan apabila Natalia juga terpaksa berdepan cemuhan masyarakat malah mengakui ‘sering diaibkan sepanjang membesar’ menyebabkannya memilih menutup mukanya.

Nasibnya bagaimanapun berubah apabila pasukan perubatan dari Amerika Syarikat (AS) melihatnya di Jayapura dan memaklumkan Peter Gray, presiden Kelab Rotari Phnom Penh kelahiran Australia yang kebetulan melawat Papua Barat ketika itu.

nangtime.com - Ketumbuhan Luar Biasa Di Wajah, Wanita Ini Akhirnya Mampu Senyum Semula

GAMBAR kiri, wajah asal Natalia yang dipenuhi ketumbuhan, manakala kanan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan membentuk semula wajahnya. FOTO Luke Fuda /South Western Sydney Local Health District

“Sebaik menerima gambar Natalia saya berfikir bagaimana kami dapat membantunya. Tidak siapapun patut hidup seperti ini,” katanya kepada portal Liverpool Champion.

Gray menghubungi pelbagai pihak dan berjaya mengumpul ribuan dolar dengan bantuan kelab Rotari di Sydney, Bendigo serta Phnom Penh sebelum akhirnya diperkenalkan kepada pakar pembedahan plastik Dr Michael Kernohan serta kardiotoraks Dr Bruce French di Hospital Liverpool, Sydney.

nangtime.com - Ketumbuhan Luar Biasa Di Wajah, Wanita Ini Akhirnya Mampu Senyum Semula

Natalia diterbangkan ke Australia pada akhir tahun lalu untuk pelbagai pemeriksaan sebelum sekali lagi ke negara itu pada Mei dan Jun lalu untuk menjalani pembedahan termasuk membentuk semula wajah, hidung, mulut dan kelopak matanya.

Sementara itu, Natalia menyuarakan rasa terima kasih kerana dianggap mendapat peluang memulakan kehidupan baru.

“Kakitangan hospital dan Rotari semuanya tidak ubah seperti keluarga saya.

“Saya terpaksa menanggung malu sepanjang membesar disebabkan wajah saya.

“Kini saya tidak lagi perlu menutup muka. Saya tidak mungkin dapat membalas jasa mereka semua,” katanya.

Facebook Comments Box