Tidak salah untuk meminati mana-mana artis, tapi janganlah taksub sampai semua benda artis tu buat, kita nak ikut. Stail dan trend artis kegemaran itu, tak semuanya bagus dan sesuai dengan kita.
Contohnya, jika seorang selebriti mengiklankan aksesori atau pakaian, peminatnya akan cepat mempercayai kata-kata mereka dan melihat produk itu sebagai satu keperluan untuk mengaitkan atau mendekatkan diri dengan idola.
Kisah yang berlaku kepada kepada gadis ini wajar dijadikan pengajaran, akibat terlalu ingin mengikut trend terkini artis kegemarannya, dia akhirnya menyesal.
Kisahnya, zaman sekarang ramai remaja yang telah terjebak dengan trend kecantikan yang digayakan oleh model-model popular seperti Kendall Jenner dan Bella Hadid.
Trend popular yang digelar sebagai ‘Fox Eye Challenge’ itu memperlihatkan beberapa pengguna TikTok mencukur hujung kening mereka.
Bahagian kening yang dicukur kemudian dilukiskan dengan pensil kening secara menaik untuk mendapatkan kening yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, remaja-remaja ini tidak sedar bahawa model-model Hollywood mempunyai pasukan jurusolek dan pakar kecantikkan mereka sendiri yang dapat menghasilkan ilusi kening tinggi tanpa perlu mencukur bulu kening.
Seperti yang dijangka, beberapa gadis yang melakukan cabaran itu meluahkan rasa menyesal mencukur bulu kening mereka.
Seorang gadis pula agak emosi dan mengatakan trend Fox Eye Challenge itu adalah penipu, sambil menangis di hadapan kamera.
VIDEO:
Alahai, tolong jangan terlalu taksub dengan artis, nak minat boleh, tak salah cuma jangan keterlaluan sampai nak ikut semua benda artis tu buat.