‘Sebelum Ini Asyik Kata Tiada Duit..’ Kucing Kantoikan Lelaki Sorok Duit Dari Isteri. Dalam kehidupan rumahtangga, suami dan isteri seharusnya tidak berahsia antara satu sama lain bukan? Namun, hakikatnya tidak semua benda yang dikongsikan contohnya seorang lelaki baru-baru ini kantoi dengan isterinya selepas rahsianya terbongkar.
Sebenarnya bukanlah rahsia besar, tetapi tetapi perkara itu tidak diketahui oleh isterinya. Malah rahsia si suami terbongkar di depan mata isterinya, Bow Kanuengnuch sendiri gara-gara kelakuan kucing peliharaan mereka.
Macam mana si suami boleh kantoi?
Ceritanya, kucing mereka melompat dekat bahagianatas kabinet dan tanpa sengaja tertolak kotak yang disorokkan suaminya di situ. Sebaik sahaja kotak itu jatuh, maka beberapa helai duit kertas yang tersimpan di dalamnya turut ditemui berterabur di atas lantai rumah.
Saat melihat kotak dan duit berterabur itu, si isteri baru sedar akan salah satu rahsia suaminya selama ini.
Menurut is isteri lagi, sebelum ini suaminya kadang-kadang beri alasan tiada duit tunai apabila dia minta duit perbelanjaan.
Bila dikira jumpah keseluruhan duit itu adalah lebih kurang 2,000 Baht (RM242). Si isteri turut berterima kasih kepada kucingnya dan berjanji akan memberi ikan goreng kepadanya keesokan hari.
“Esok saya akan bagi awak seekor ikan goreng, Khod.” – tulis wanita ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen pun berpakat mahu membela kucing agar dapat membantu nasib mereka mencari duit dengan lebih baik. – NANGTIME.COM