Kucing Terkurung Hampir Dua Bulan Dalam Rumah, Terdesak Kelaparan Hingga Makan Kertas Untuk Hidup

Baru-baru ini tular mengenai satu berita yang sangat menyedihkan bukan sahaja kepada pencinta kucing tetapi juga kepada sesiapa yang sayangkan makhluk bernyawa.nangtime.com - Kucing Terkurung Dua Bulan Dalam Rumah, Terdesak Kelaparan Hingga Makan Kertas Untuk Hidup - @allheboh @allhebohmy

Seekor kucing dijumpai terkurung dalam sebuah rumah kosong selama hampir dua bulan tanpa makanan dan minuman. Kucing tersebut ditemui oleh pemilik baru rumah tersebut yang mahu melihat dan memasuki memasuki rumah yang baru dibelinya.

Menurutnya, rumah itu merupakan rumah lelong yang dibelinya hampir dua bulan lepas atau 52 hari dan ini adalah pertama kali dia datang melihat keadaan dalam rumah barunya itu.

Pembeli rumah yang terkejut melihat kucing tersebut dalam keadaan menyedihkan dalam rumah terkurung segera membawanya kepada doktor haiwan untuk diperiksa keadaannya.nangtime.com - Kucing Terkurung Dua Bulan Dalam Rumah, Terdesak Kelaparan Hingga Makan Kertas Untuk Hidup - @allheboh @allhebohmy

Pemeriksaan doktor haiwan terhadap kucing itu menemui sesuatu yang memeranjatkan apabila doktor mendapat cebisan kertas ditemui dalam tahi kucing tersebut. Doktor mengesyaki perut kucing itu dpenuhi dengan kertas, dipercayai dimakannya akibat terdesak kelaparan dan tidak dapat pergi kemana-mana.

Kucing itu kini sudah dirawat dan sihat berbanding sebelum ini ditemui dalam keadaan yang kurus dan lemah. Namun begitu, menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, kucing yang dinamakan sebagai Finn itu enggan berada dekat enggan manusia pada masa kini, kemungkinan masih trauma. – nangtime.com

Tambahnya lagi, rumah berkenaan kemungkinan ada saluran paip yang bocor yang membolehkan Finn untuk minum air. Mereka juga akan menempatkan Finn kepada penjaga yang baharu yang penyayang selepas kucing itu betul-betul pulih.

nangtime.com - Kucing Terkurung Dua Bulan Dalam Rumah, Terdesak Kelaparan Hingga Makan Kertas Untuk Hidup - @allheboh @allhebohmy
Longgokan kertas

Pihak polis masih belum dapat memastikan bagaimana Finn boleh berada dalam rumah tersebut, namun tidak menolak kemungkinan kucing itu sengaja diletakan atau dibuang oleh pemiliknya ke rumah tersebut.

Selain itu, pemilik lama kucing yang yang dinamakan sebagai Finn ini juga berkemungkinan dikenakan tuduhan kekejaman terhadap haiwan sekiranya dia berjaya ditemui dan dikenalpasti.

Facebook Comments Box