Kucing ‘Wajah’ Sedih Ditemui Merayau-rayau, Cuba Sembunyi Dari Manusia Dan Akhirnya Kini Gembira Bersama Pemilik Baru

Seekor kucing berusia 8 tahun ditemui merayau seperti tiada arah tuju dan sesat dalam mencari tempat untuk berteduh di Perth, Australia Barat. Sebaik mengetahui berita mengenai kucing itu, pihak Cat Haven di Shenton Park, Australia Barat pun segera cuba untuk membantunya.Kucing ‘Wajah’ Sedih Ditemui Merayau-rayau, Cuba Sembunyi Dari Manusia Dan Akhirnya Kini Gembira Bersama Pemilik Baru - nangtime.com

Kucing betina tersebut dilihat mempunyai wajah yang sangat sedih dan seperti mengelakkan hubungan mata dengan orang lain dan kelihatan sentiasa cuba menyorok daripada ditemui.

Kucing betina yang berwarna Calico itu dikesan mengalami kehilangan berat badan yang banyak dan kesihatannya juga berada ditahap yang tidak memuaskan. Selain itu, kucing itu juga sangat pemalu dan lebih suka bersembunyi dan enggan keluar dari kotak sampahnya.

Pada mulanya pihak Cat Haven menyangkakan kucing itu adalah adalah anak kucing yang sesat, tetapi kemudian menyedari kucing itu mempunyai microchip.

 

Namun mereka gagal mencari dan menghubungi pemilik kucing tersebut. Akhirnya kucing itu pun dibawa ke pusat perlindungan dan diberi nama Simba.

Kucing ‘Wajah’ Sedih Ditemui Merayau-rayau, Cuba Sembunyi Dari Manusia Dan Akhirnya Kini Gembira Bersama Pemilik Baru - nangtime.com

Oleh kerana tidak dapat mengatasi stress terhadap keadaan persekitaran kawasan perlindungan , Simba terus berlindung di kotak sampah. Simba dipercayai mengalami trauma teruk dari manusia dan keadaan persekitaran yang dialaminya sepanjang tempoh perjalanannya yang tersesat.

Dia lebih rela duduk menyendiri dari menerima bantuan kerana masih tidak mempercayai kebaikan yang akan diterima dari manusia.

Selepas beberapa hari dan tiada siapa yang datang ke tempat perlindungan untuk menuntutnya, salah seorang sukarelawan Cat Haven mengambil keputusan untuk memeliharanya sebagai haiwan peliharaan dirumah. Simba dijaga dengan baik dan diberi tempat tringgal yang selesa dan akhirnya lama-kelamaaan Simba mulai percaya dan cuba berinteraksi dengan manusia.Kucing ‘Wajah’ Sedih Ditemui Merayau-rayau, Cuba Sembunyi Dari Manusia Dan Akhirnya Kini Gembira Bersama Pemilik Baru - nangtime.com

 

Sedikit demi sedikit, kesedihan dan ketakutan yang dirasakan Simba sebelum ini mulai hilang dan dia sudah sedar bahawa dirinya berada di tempat yang selamat dan dijaga oleh orang-orang yang sayangkannya.

Sekitar masa itu juga, Chelsea dan keluarganya telah mendengar kisah Simba. Mereka melihat melalui mata yang sedih dan tahu apa yang diperlukan oleh kucing itu.

VIDEO:

Selepas berminggu-minggu dijaga, Chelsea sangat gembira untuk mengatakan bahawa dia telah mengadopsi Simba dan akan menjaga dan merawatnya selama-lamanya.Kucing ‘Wajah’ Sedih Ditemui Merayau-rayau, Cuba Sembunyi Dari Manusia Dan Akhirnya Kini Gembira Bersama Pemilik Baru - nangtime.com

Simba kemudian ditukar nama dari Simba kepada Molly yang mungkin lebih sesuai kerana ianya kucing betina.

Facebook Comments Box