Lelaki Bertekad Habiskan Ratusan Ribu Ringgit Untuk Kelihatan Seperti Jimin, Anggota Kumpulan BTS

Lelaki Ini Tekad Habiskan Ratusan Ribu Ringgit Untuk Kelihatan Seperti Jimin, Anggota Kumpulan BTS. Populariti KPOP pada masa sekarang memang tidak dapat dipertikaikan lagi dan sudah merebak ke seluruh pelosok dunia.Lelaki Tekad Habiskan Ratusan Ribu Ringgit Untuk Kelihatan Seperti Jimin, Anggota Kumpulan BTS

Di Malaysia juga tidak terkecuali dan KPOP mempunyai ramai peminat di Malaysia dan salah satu buktinya ialah setiap kali ada konsert artis KPOP di sini, memang sentiasa sold-out meskipun harganya agak mahal.

BTS merupakan boy band Korea yang sangat popular ketika ini dan mempunyai ramai peminat fanatik. Salah seorang lelaki British yang juga peminat tegar BTS, Oli London telah menjadi viral disebabkan kesanggupannya untuk mengubah mukanya menjadi salah seorang anggota BTS iaitu Jimin.Lelaki Tekad Habiskan Ratusan Ribu Ringgit Untuk Kelihatan Seperti Jimin, Anggota Kumpulan BTSYang lebih mengejutkan lagi ialah apabila dia dikatakan telah membelanjakan lebih kurang $100,000 (RM406,750) untuk melakukan pembedahan plastik supaya kelihatan seperti Jimin.

Oli London memberitahu dia mula meminati group BTS selepas mendengar lagu popular mereka iaitu Fake Love.Lelaki Tekad Habiskan Ratusan Ribu Ringgit Untuk Kelihatan Seperti Jimin, Anggota Kumpulan BTS

“K-Pop stars all look perfect, apabila saya menonton video mereka, saya akan menangis. Ketika zaman sekolah, saya mempunyai masalah jerawat dan sering rasa insecure dengan diri sendiri. Saya juga memiliki hidung yang besar. Jadi, saya rasa perlu mengubah diri saya untuk menjadi lebih bahagia,” kata Oli yang pernah menetap di Korea pada tahun 2013.

Lelaki Tekad Habiskan Ratusan Ribu Ringgit Untuk Kelihatan Seperti Jimin, Anggota Kumpulan BTS

Mespikun perlu melakukan beberapa prosedur dan pembedahan, namun tidak menghalangknya untuk meneruskan niat untuk memeiliki wajah seperti Jimin. Oli juga menunjukkan gambar Jimin setiap kali ingin mengubah wajahnya. Antara prosedur pembedahan yang sudah dilakukan olehnya ialah pembedahan plastik di hidung, tulang rusuk, implan dagu silikon dan juga membesarkan matanya.

Lelaki Tekad Habiskan Ratusan Ribu Ringgit Untuk Kelihatan Seperti Jimin, Anggota Kumpulan BTS

Jika anda rasa tahap obses lelaki ini pada KPOP sudah mencapai taham maksimum, anda tersilap! Oli London juga telah mengeluarkan lagu KPOP nya sendiri dan music video Perfection. Lagu perfection tersebut juga menurutnya bermaksud kesempurnaan seperti Jimin yang mempunyai suara, wajah dan tarian yang sempurna.

Lelaki Tekad Habiskan Ratusan Ribu Ringgit Untuk Kelihatan Seperti Jimin, Anggota Kumpulan BTS

Fuhh, kami harapkan kepada anda semua yang minat KPOP, janganlah sampai ke tahap macam ini. Kami pun salah seorang peminat KPOP juga, hehe, Nak minat artis KPOP tiada masalah asalkan jangan keterlaluan ya.

 

Facebook Comments